Friday, 12 July 2013

Salam Ramadhan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. tahun nie Tuhan masih bagi aku peluang benafas di bumi-Nya. Bulan nie genap 21 tahun aku hidup kat dunia nie. Banyak benda-benda lagha yg aku buat, tak terhitung larangan-Nya aku lakukan.Tapi Allah masih beri aku badan yg sihat walafiat, panjang umur dan rezeki yang baik. Aku mohon keampunan dari-Mu ya Rahman.. Amin ya Rabbal Alamin..

Umm..birthday aku kali nie macam biasa ler. Takde yang istimewa pon. Tapi sedikit terharu sebab mase brithday aku Jumaat lepas, bos & officemate aku buat suprised bawak kek red velvet yg sedap giler untuk aku. Ingatkan kenapa gelap kejap office, walhal, nak buat suprise untuk aku. huhu.
 Thank u u'ollss.. toucin kejap makk aritu..huhu. 

Alhamdulliah..berjumpa lagi kita dengan bulan Ramadhan. Harap-harap taon nie aku dapat puasa lebih banyak hari banding ngan taon-taon sebelum nie..malas woo nak ganti puasa banyak-banyak nie. kalau 5 6 hari tinggal boleh tahan lagi. kalau dah lebih seminggu tu rasa xlarat  dah nak ganti. Orang lain puasa 30 hari, engko pulak puasa 20 hari je. langsung takde nikmat puasa kejap2 nie..cehh. berlagak alim pulak aku.

Dan taon nie sekali lagi aku tak dapat sambut 1st puasa ngan family. Bila dah kerja nie aku kena berkorban masa jugak macam study dulu,3 taon study dulu aku  tak pernah dapat balik untuk sambut puasa tau..giler! sadis betul hidup macam nie tau. ngee ..Takpe lah, aku dh agak kalau dh jadi pekerja nie bukan senang-senang nak dapat cuti. Pastu jaoh pulak nak balik kelantan. So k, yang penting aku dah apply cuti raya. Dapat cuti 8 hari kira okey sangat bagi aku. Sempat jugak buka puasa 4 hari sebelum raya ngan family. 
Tak sabar! tak sabar!


Dua hari puasa aku berbuka kat hotel tempat aku kerja je. Then, aritu ada charity n aku berpeluang pulak Iftar sama-sama ngn anak-anak yatim Selangor.Seronok jugak layan budak-budak kecik nie. comel-comel pulak tu. Tiap2 taon ada program macam nie kira okey jugak at least kita masih ingat orang-orang
yang susah d luar sana. Ye dak.. 

 Okey lah. banyak pulak bercerita aku nie. hehe..
Actually, entry nie nak cakap selamat Menyambut bulan Puasa je..puasa penuh ya semua..


Layan gambor k..Adioss!!
:
:
:
:



 Candid? mybe. :P


 semua hepy dapat duit raya & hadiah.

Menunggu masuk waktu berbuka..



Comel sangat baby nie..muka mcm mix cina..



 with kak Intan penjaga rumah Pengasih & Adik Seri Saiful.  Baru umur setahun dah jd anak yatim.. Tapi, seronok aku melayan dia mudah kenal orang..cakap pon pelat2 lagi.


p/s: tiket balik kg dah beli. woiii. lmbtnya hjung bulan..

Wednesday, 3 July 2013

Dunia selepas belajar

Assalamualaikum

fuhh..hampir dua bulan jugak aku tinggalkan dunia bloging nie..bapak malas gila aku nie nak update blog skang nie. Entah la,mood nak menaip pon macam semakin hilang jew.. dan antara sebab lain blog aku bersawang ni sebab skang nie aku tengah fokus kat dunia baru pulak.

habis zaman study, kerja la pulak kan.inilah masanya aku nak tunjukkan skill aku selama aku belajar selama 3 taon kan.Tak gitu Jah? Kasi exercise skali tulang temulang aku ni biar gerak-gerak sikit, supaya tak jadi malas, kalau tak. Tau makan tidur berak je kat umah nanti..hikhik.. *sangat tak senonoh anak dara macam tu kan. ini budak dah mampu cari makan pakai sendiri lorr.. tu yang komited sangat tu bekerja. Sekarang dah tak korek bank MaPa dah.. semua benda kalau aku terliur, meleleh ayaq liuq nak sangat, semua kena usaha sendiri..menghitung hari bila nak cukup bulan..baru kau tau rasa perit cari duit macam mana kan..?
*padan muka

sekarang baru aku tau macam mana mak bapak aku rasa susah payah kerah tenaga untuk kasi makan pakai yang cukup kat aku n adik-adik.  Dulu tau mintak je kan. :p bila dah kerja nie, aku rasa duit sepoloh henggit pon sayang kalau nak beli benda-benda yang tak perpaedah
rasa bernilai sangat..tapi kalau pergi TS memang sekelip mata je beli baju pon sampai 6 helai. *hadoii..nafsu setan, nafsu setan..Takpe..bukan selalu pon aku macam nie.. dah jadi lumrah kaum 10 nafsu nieh. Sabo jela kaum ada Halkum ya. hakhak

Actually, aku kerja hampir dua bulan dah..aku pilih kerja kat sebuah hotel kat area Putrajaya ni,well..budak Hospitality kan..kena la cari kerja yang related ngan hotel jugak kan..? aku pilih kat sini sebab kat sini tempat aku pernah praktikal dulu. So kebanyakan staff kat sini ramai aku dah kenal and selesa nak buat kawan. kerja-kerja harian aku pon aku dah tau apa nak buat. Cuma kena refresh balik apa yang aku buat setahun yang lepas..

Alhamdulliah, setakat nie aku rasa okey la kerja kat sini. walopon ada jugak one day tu yang buat aku rasa bengang n sakit ati gila bila ada sorang makhluk yang bersikap hipokrit tahap gaban kat ofis aku. Depan aku baik je. belakang aku rupanya dia baling 'taik' kat aku Jah.. Sape yang suka kan bila orang cakap kita tak buat kerja, goyang kaki. walhal kerja yg kita kena buat dah siap. And tuduh aku selalu main handphone la bila kerja. hadoii.. kenapa la ada manusia macam ni ek? pastu mengadu kat aku punya bos pulak. lagilah 'busuk' aku punya prestasi. Dah lah kita nie budak hingusan lagi dalam dunia kerja. 
Tapi aku buat senyap jew.Aku malas nak rosakkan mood aku pergi kerja hari-hari kalau aku ingatkan benda nie. Harap-harap dia berubah perangai jela.

Aishhh...kuat mokcik ngepek weh..sobar2..huhu..

Haa..belum habis ni. Lagi satu aku nak cakap, masa aku belajar diploma and sekolah menengah dulu kan. Subjek Perakaunan adalah antara subjek ubat tidur aku skali lepas lena semua dengan topik-topik yang cikgu and lecterure ajar.. Akhirnya, aku kerja kat bahagian akaun jugak. Parahh....tula orang-orang cakap, benda yang kita benci or tak suka tula yang last-last kita akan suka jugak.. aku nak menyesal dah tak guna dah. nasi dah jadi bubur ayam mekdi. hehe

Dan lagi satu, aku punya style..bila dah penat bekerja, kena la reward diri sendiri dengan benda-benda yang kita wish kan. Baru lah nampak usaha kita kat situ. so, bulan nie aku rewarded diri aku dengan sebijik kamera Nikon coolplix cikai je, dapat kamera digital 16 megapixels pon kira boleh lah. Walaupon keinginan yang membuak-buak adalah DSLR.. huhu..Tapi okey lah untuk aku yang gila ambik gambar and bergambar nie. hehe.

Tak lama lagi nak puasa dah..Puasa belum habis ganti lagi nie.. hihihi.
 byeeee...







Dunia kanak kanak yang dirindukan

Masa kau kecik kau tak sabar nak jadi besar, nak tengok muka sendiri ni macam mana la agaknya bila aku dah besar. Muka hitam yang ni nanti...