Monday 29 April 2013

Hari malang aku mungkin!

Assalamualaikum..


Perasaan terkejut dan tak percaya masih tak hilang-hilang dalam benak fikiran aku nie. sebab sehari sebelum aku balik kampung, aku dikejutkan dengan berita kemalangan Pak Long aku, pastu meninggal dunia. Agak sedih la sebab dia baik sangat dengan anak-anak sedara dia. last jumpa haritu pon, happy jew muka dia. Cara dia borak dengan aku haritu macam tak sabar jew nak pergi masuk meminang untuk anak lelaki kesayangan dia. Siap suruh aku ikut skali ramai-ramai pergi Perak. Pastu bercerita pasal bakal menantu dia tu. Tak sangka haritu adalah hari terakhir aku jumpa dia dan dia dah nak tinggalkan kitaorang semua.
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan Soleh. Amin..

urmm,, berbalik kepada tajuk entry okey. Aku nak senaraikan benda-benda malang gila yang berlaku kat aku hari nie. Dari pagi sampai la ke malam, macam-macam benda yang menguji kesabaran aku ni . Dugaan betul aku rasa. nasib baik aku ni yang jenis penyabar. Hah? penyabar la sangat kan..huhu

Pertama. Sedang aku tidur nyenyak best gila mimpi jumpa GDragon . Tiba-tiba dapat mesej yang satu-satunya mak cik kesayangan aku kemalangan, patah kaki kiri ngan mata kiri dah tak nampak rupa mata dah aku tengok. Memang aku terkejut gila. sebab berlaku sehari selepas kematian Pak Long aku tu. Perasaan terkejut tak habis lagi, datang pulak lagi satu kejutan. Memang rasa huru-hara la perasaan aku nie.

Kedua. Hari ni aku drived la sebab nak pergi ke hospital kan. Pastu parking ler kete kat kawasan hospital tu. Parking pulak yang berbayar. Aku ambik tiket then pergi melawat mak cik. Lepas tu nak balik, tiba-tiba tiket parking tu tak tau pulak hilang kemana. padahal aku rasa lepas je ambik tiket tu, aku terus simpan dalam beg. Cari punya cari memang tak nampak kelibat pon. Kete dah masuk Q dah nie. Kete lain pun dah berduyun kat belakang. Nak tak nak, aku kena sedekah jugak RM25 hinggit denda kad hilang. Kalau kira aku kena bayar dua henggit je tau. Malang sungguh hari ni!

Ketiga. Lepas keluar dari hospital tu, aku menuju pulak ke Pasir Tumboh, sebab kena pergi ambik sepupu aku sekolah. Masa tu tengahari, pukul 12. Cuaca pon memang terbaik ah, berpeluh sampai ke keting. Drived berhemah je tau. Lepas tu dekat traffic light, tiba-tiba kereta mati di tengah jalan. Hahhh? whatdaef??? time-time mcam ni kereta buat hal.. Nasib baik aku bawak sepupu lelaki aku masa tu. Kesian suruh budak tu tolak ke tepi kejap. Rest beberapa minit, started enjin balik. Fuhh, nasib baik okey. Tengok-tengok rupanya air kering pastu minyak silindir pon kering. Sebab kereta tu takde orang guna. Aku balik baru kete tu jalan. memang takde orang nak check pon kete tu okey ke tak. Hadoii.. apakah nasib aku hari ni..

Keempat. Lepas penat seharian ulang-alik kesana-sesini kan. Perut pun terasa lapar la pulak. Lepas maghrib aku pergi kedai makan kat tepi jalan. Duduk. Pastu tunggu la pelayan kat situ nak pesan order. Tunggu punya tunggu punya tunggu.. takde sorang pon datang nak ambik order. Pinggan yang bersepah atas meja aku pon takde orang nak kemas. Pelayan kat situ tengok aku macam aku adalah roh je kat situ. bukan jasad. eh, ko nak berniaga ke tak ni? aku lapar la gila.. haaa..marah mak nok dalam hati. Sekali tak tahan, sebab tekak dah minta air nak dibasahkan nie. Aku pon blah je dari kedai tu. Sumpah tak datang nak kedai ni. *pangkah-pangkah

Kelima. Kat kedai makan tu jugak. Lepas geram sebab orang tak layan kat kedai tadi kan. Aku pon laju-laju pergi kat kereta. Keluarkan kunci, pastu cocok kat pintu tu. Sekali macam ketat je kunci ni. Cuba lagi sekali still tak dapat nak pulas ke kiri atau ke kanan kunci ni. Pastu ada sorang laki kat kedai tu tengok aku dengan muka pelik. Aku tengok dengan muka pelik jugak, terfikir kenapa dia pandang je aku. Dengan perasaan penuh yakin, aku cuba plak sebelah penumpang. Masih tak dapat. Aku tercegat kat depan kete beberapa saat. Pastu terpandang kat kereta sebelah. Hahahahahahaa.. rupa-rupanya salah kereta. Kereta yang parking sebelah kete aku tu boleh pulak sama warna, sama jenis, sama pulak abjad no plate dengan kete aku. Habis, lelaki yang pandang aku dengan muka pelik tadi adakah kereta yang aku cocok-cocok bak penyangak adalah kepunyaan dia?? mungkin2.. lepas blah, dalam kete aku memang tak tahan gelak sampai nangis.. Arghhhh. gila-gila..asal aku malukan diri sendiri hari ni ?

Boleh dikatakan malang betul nasib aku hari nie. Macam-macam berlaku dalam masa sehari. Kuciwa pulak rasa, bercampur ngan kelakar dengan careless sendiri buat. huhu.

ok. esok kena Chill~






Monday 22 April 2013

Kertas-kertas Akhir


Assalamualaikum..


Hai silent readers.  Apa bikin? Kenapa buka blog aku? Takde kerja? Hehe.
 Hari ni aku baru ada masa dan peluang nak jengah blog. Terbantut sebab line wifi kat hostel aku ni macam siput barbie. Comel gila wa cakap lu. Aku rasa nak gi gigit-gigit je kabel kat dinding tu. Nasib baik tinggi. Kang sia-sia jew hidup. Grrrr..


Aku nak cakap ni, esok  bermulanya perang. Perang selama 3 hari, dan aku akan bergomol mati-matian dengan kertas-kertas soalan peperiksaan akhir, dan jugak terakhir untuk aku bergelar pelajar PMM. Harap soalan-soalan esok kalah dengan persiapan senjata dan bom-bom atom aku nanti.  Perasaan aku sekarang nie dah macam rojak buah kat pasar malam. Bercampur baur, macam-macam perisa ada dalam satu mangkuk hati ni. Kadang-kadang aku tidur tak lena, mandi tak bersih, makan selalu.
 Urmm.. Adakah ini cinta?  

gdl22 Wishing Good Luck All the Best for Exam SMS & Facebook

Aku semakin hampir ke garisan penamat weh.  Tiga tahun aku berjalan, bercatwalk dan berlari untuk menimba perigi ilmu.  Walaupun pernah jatuh tersungkur dipermulaan perlumbaan, dan Sedikit tercalar. Pedih jugak rasanya, tapi aku tahan. Menangis pon sorang-sorang takde orang nak ubat tiada doktor nak rawat. Tapi aku terus bangkit, takut ditinggalkan oleh pelari-pelari yang lain. Sedih kalau sorang-sorang naik pentas raih pingat kemenangan tanpa mereka. Walaupun penat berlari di track kehidupan. Tapi aku seronok sebab terpilih antara dua puluh satu orang peserta perlumbaan kejayaan ni. Walaupun bukan jadi champion. Tapi aku puas, aku muhasabah.  Aku nilai dengan persiapan aku sebelumnya. Aku lemah sebab aku lupa nak warming-up dulu, aku malas nak exercise, aku tak pandai buat lompat bintang. Sebab cara tu yang aku pilih. Takat tu jela keputusan yang deserved untuk aku.

Eh. Sekarang ni korang paham tak aku sembang pasal apa? Ini bukan perihal olahragawati yang mengambil tempat dalam pertandingan marathon. Aku cakap tentang perlumbaan menuju ke puncak. 
Ya. Puncak untuk mengapai segulung pencapaian ilmu.

8429 038 03 1079 Wishing Good Luck All the Best for Exam SMS & Facebook

Doakan aku yang enak-enak belaka ya. Aku juga tak lupa selitkan doa untuk rakan seperjuangan.
All the best dunia akhirat (^_^)



Friday 5 April 2013

My girlfriends..geng meroyan.

Assalamualaikum..


Lebih kurang hampir seribu sembilan puluh lima hari yang lalu bersamaan (kira sendiri la weh..) aku kenal bebrapa orang perempuan yang sangat asing dalam hidup aku.  Tapi setelah makan masa makan nasi bebrapa hari, bulan, dan tahun. Sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit aku mula kenal siapakah gerangan manusia yg rambut sama warna ni tapi kentutnya bau bermacam-macam. haha.

hari ni aku nak buat pengakuan berani mati-kena-maki kat dorang-dorang nie sume dengan perangai yang kadang-kadang perangai yang ntah pape walaupun umur yang sudah layak jadi ibu beranak dua. ihik~

selama aku belajar kat PMM nie aku tak pernah stay luar. kiranya agak bertuah jugak lah walaupon kadang-kadang rasa malang gila dapat stay kat hostel sampai last semester. hehe. (sebab tak suka ikut peraturan hostel)
so, selama tinggal kat hostel lama-lama aku ada geng ler.. geng pulak satu kelas. 
Baiklah. mari kita mengenal empunya nama geng hostel aku sekarang. semuanya 6 orang. 

yang pertama 

 Nik.. 
kalau tengok nama sudah tidak syubhah lagi dia satu negeri dengan aku.
orang panggil dia 'baby' sebab mudah sangat tidur, letak kepala kat bantal 3 minit. nescaya dia sedang dijamu mimpi-mimpi indah. kadang2 ngigau. haha *itu aku jeles sbb aku sush tido
Petite je orannya dan berkulit putih melepap dalam ramai-ramai geng aku.
Dengan aku tak pernah berkira kalau bab-bab duit. selalu gaduh tak nak ambik duit kalau nak bayar hutang. *hutang sikit2 la.

Biha.
Mempunyai nama yang paling panjang aku rasa. lebih kurang 30 abjad ada kat nama dia. Tapi penat mak bapak dia tak tidur 3 hari 3 malam pikir nama panjang-panjang. Namun, kawan-kawan panggil 'B' jew. *sangat kesian.
Budak yang paling 'comel' and chubby
 Tahap kelebaran mata sangat terbantut. menyebabkan kawan-kawan ingat dia sedang tidur dalam kelas walaupun matanya sudah terbuka pada tahap maksima darjah selsius. *yg ni over!
Suka sangat pada Doraemon. Banyak barang dia berwajahkan musang biru itu. 
Sejak akhir-akhir ini aku agak konpius dengan diri dia. Dia jadi bukan diri dia. (kenapa? ktorang je tau)  selalu apa yang dia buat dia tak mengaku. Aku terpaksa mengalah. 

Nina.
Aku panggil dia "tok bomoh" sebab apa? ehe. (kitorng je yg tau)
Muka mcm mix pakistan. and ramai ingat dia anak mami wlaupon datang sama negeri dgn aku.
kecik dan rendang jugak orangnya
Sangat lah banyak bercakap. Celotehnya yg kadang2 buat aku nak g lempang patbelaskali sampai bisu.
pointer tinggi sokmo mung nina. jeles aku..huhu
dia ada abang hensem belajar overseas *yg nie takde kaitan. hihi

Diana.
Singaporean. tinggal kat Johor
sangat lah terlalu mengambil berat kalau ada kawan-kawan tak sihat. Paksa sehabis mungkin suruh makan ubat. Tapi bila diri sndri sakit? sebaliknya. huhu
Aset yg paling penting ada pada dia I think mole on her chin. ihik~
Mak dia punya sambal ikan bilis memang menjilat ibu jari kaki. Pedas gila tahap nak sawan babi. *ok.Over!

Tikah.
Giginya sekarang sedang dipagar besi a.k.a braces. ehe. (weh, aku nak pakai jugak)
Aku tengok agak rajin budak nie study berbanding aku n yg lain selalu berpenyakit 'M'.
Suka nganjing orang n buat muka hudus gila buat orang sakit ati nak bagi flying kick. huhu
Jangan argue dengan dia. dia pandai berbicara.
Berniat nak sambung belajar dalam bidang kapal terbang. weh kalau ko jadi pilot. bangga aku dowh. ehe

Last but not list. Rara.
Pendatang baru dalam geng hostel. Part 5 baru tukar ke PMM dari PJB.
Perempuan paling tinggi dalam geng kitorang dan kurus tak kering.
Suka bercerita pasal bf dia. dan aku suka mendengar (kalau nak tau sume geng aku single. kecuali dia) hehe.
Jangan sape-sape berani cari pasal dengan dia. Kata-kata dia agak pedas walaupun tak suka makan pedas.


 Pic mase sem 3. Time ni Rara takde lagi.

Harap korang tak marah apa yang aku tulis ni, Ini ikhlas dari lubuk hati aku tau. Lagi beberapa hari kita dah nak berpisah. Sedih gila weh teringat yang kita tak boleh gila-gila meroyan karaoke tengah2 malam.  makan sama-sama, tidur sama-sama dah. Lepas nie semua buat haluan masing-masing dah. Aku doa kawan-kawan aku jadi orang yang sukses di luar sana okay. In sya Allah. Patu, kalau kawin ke beranak anak sulung ke jangan lupa bagitau aku. kang aku sumpah jadi mesin basuh kalau buat lupa kawan. hehe..
 Love you guys.. xoxo

TIDAK...!

Assalamualaikum..



Tidak.. aku tidak akan menyia-nyiakan umurku seperti senang membalas dendam dan berselisih dengan perkara yang tiada ada kebaikan di dalamnya.

Tidak.. aku tidak akan menghasilkan wang dan menghimpunkannyan dengan mengorbankan kesihatan, kebahagiaan, tidur dan ketenanganku.

Tidak.. aku tidak akan mencari kesalahan dan mengumpat orang lain serta melupakan kesalahan dan aib diri sendiri

Tidak.. aku tidak akan berperangai yang suka mabuk kepayang dengan kesenangan hawa nafsu, menuruti segala tuntutan dan keinginannya.

Tidak... aku tidak akan menyia-nyiakan waktu bersama dengan orang yang menganggur dan membuang waktu untuk perkara yg sia-sia

Tidak.. aku tidak akan meminum minuman yg haram serta segala sesuatu yang kotor dan najis

Tidak.. aku todak akan mengingati musibah yang telah berlalu , bencana yang sudah silam atau kekeliruan yg telah dialami.

Tidak.. aku tidak akan melupakan akhirat dan amal untuknya dan alpa terhadap tanda-tanda keberadaannya


Jangan bersedih, jadilah wanita yang paling BAHAGIA.. (*_*)


Monday 1 April 2013

April fool

Assalamualaikum

Masa zaman jahil dulu-dulu tak tau sambut april fool tu haram. Bila tiba 1 April jew memang aku dah plan awal-awal benda alah apa aku nak buat cite pergi sekolah esok nak buat foolkan kawan-kawan kelas aku. Tapi selalu siot bila asyik aku je yang kena dulu sebelum aku kenakan orang. 

Disebabkan aku geram takleh foolkan orang. Aku buat jew kat sape-sape yang aku nampak dekat-dekat ngan kelas aku. Walaupun budak tu aku tak pernah cakap pon sebelum nie. Ada satu ketika tu, aku nak pergi tandas. disebabkan tandas tu hujung skali antara kelas kat bangunan aku tu, kiranya aku kena lalu dulu beberapa kelas lain. Masa tu aku form 4 kot seingat aku. Pastu aku ternampak sorang mamat nie baik punye berkeliaran, lepak-lepak depan kaki lima kelas sorang-sorang dia. Mungki takde cikgu dalam kelas dia time tu.

Aku pun teruskan jew niat aku nak pergi tandas. Aku lalu depan dia then aku cakap "weh, seluar tak zip." terus muka dia gelabah biawak betolkan zip seluar. aku ngan selamba badak meneruskan perjalanan ke tandas sambil cakap "April Fool".. ahaha. aku gelak sorang-sorang macam gila. Muka budak lelaki tu yang hitam macam Accapan bertukar kelabu, mungkin blushing atau nak marah kat aku. ah. ada aku kesah?  bila aku terserempak ngan dia mesti dia sengeh-sengeh kat aku. hah. kau asal? nak balas dendam? tunggu taon depan.  hahaha..


tapi tu masa jahil la, aku tak tau yang april fool takleh sambut. sebab boleh menyebabkan orang lain marah, bila kita buat lawak bodoh kan. Pastu aku ada pernah terbaca satu cite yang budak pompuan nie buat april fool kat mak dia, dia cakap dia pregnant, terlanjur dengan boyfriend dia. Pastu, disebabkan marah sangat, si ibu nie pukul  pompuan tu sampai masuk hospital. Walaupun dia bagitau mak dia benda tu tak betol. sekadar lawak bodoh. Tapi pompuan tu tersilap la, pergi buat april fool kat orang tua yang tak tau menatang apakah april fool semua tu. Um, boleh tahan bodoh la. So, korang-korang semua dah tau kan benda tu haram. lepas nie tak payah nak sambut la tarikh 1 April tu okey. kerana benda yang tak boleh buat ni semuanya mesti bersebab kan. Kalau korang nak tau kenapa boleh baca kat artikel ni SINI

okey. adios.. (^_^)




p/s baru bangun tido, sempat lagi aku update blog tengah-tengah malam nie. esok kelas pagi. harap-harap tersedar la. 








Dunia kanak kanak yang dirindukan

Masa kau kecik kau tak sabar nak jadi besar, nak tengok muka sendiri ni macam mana la agaknya bila aku dah besar. Muka hitam yang ni nanti...