Saturday 20 October 2012

Rabun

Assalamualaikum

Mata adalah anugerah yg tidak ternilai , tapi bila mata yang cantik ni tidak diguna pakai dengan cara yang betul, maka tahap kejelasan sudah mula kurang..sesi usha-mengUsha lelakis jambu muka ala-ala kepop pon dah x seSyookk dulu *antara kesalahn mggunakan mata. haishh..
aku antara manusia dalam kategori rabun. dan juga termasuk dalam kategori rabun yang pelik. iaitu rabun sebelah mata. kiranya aku hidup bergantung pada sbelah mata kiri jew. mata kanan bapak ahh.. xnampak apa, member sesize mariah carey lima langkah di hadapan pon dah jadi blur langsung xleh nak cam. aiii..teruk nau nampaknya. Urm. Memang teruk. 

dolu-dolu bukan main lagi aku mase sekolah beli speck no power untuk buat style poyo2 biar nampk sedikit nerd dan comel bila berada di kawasan sekolah. semstinya yg berbingkai hitam.Terpancar macam smart student disitu walaupun hakikatnya tidak seberapa. :p. Selepas beberapa tahun mempoyokan diri dengan memakai speck tak rabun. kepala hotak aku mula terasa pening2..ingatkan ada penyakit kurang vitamin kew hapa. Then, dapat tau rabun pon bila buat medical check-up untuk continue study aritu. rabun pulak rabun sebelah. that's why la kepala asyik pening2 sebab mata aku hanya jelas sebelah kiri jew k, yela, lepas SPM  duk ngadap tv ngn laptop jew kejenya. no wonder la kepala pening2 sebab duk paksa mata kiri jew tok mendapat kejelasan yang maksima, duduk depan skrin pulak kalau boleh nak masuk dalam tv tu skali punyalah dekat..dah jadi tabiat aku duk depan tv dekat2 nie.  Mula2 rabun sebelah kanan 100 jew.
ok fine. 100 apalah sangat..sikit jew..orang lain lagi teruk. xpayah la pakai speck nampak macam orang tua. *berkata dalam hatiku
pastu haritu pergi check balik power sudah naik 270..perghhh..laju betul naik powernya..
so, hari nie dah ada speck tapi aku tak mempraktikkan dalam kehidupan seharianku tok pakai, masih mengamalkan sikap malas buka laci letak speck dalam beg bwak pergi kelas. Bagi aku memakai sesuatu yang ditampal kat muka amatlah merimaskan aku. tidak bebas untuk tenyeh-meneyeh taik mata bila tido dalam kelas. huhu..tapi sekarang aku dah nampak dah efect dia sebab tak pakai speck rabun sebelah nie. kadang-kadang kalau aku duk ngadap leptop terlampau lama, tiba-tiba terasa air masin masuk ke dalam mulutku. rupa-rupanya xsedar tengah nangis kluar tears walaupon tengah tengok horror movie time tu..tsk.tsk.tsk..tapi yg keluar sebelah kanan jela, sebalah kiri masih terkawal untuk dikeluarkan.

sampai sekrang aku takde kesedaran nak jaga mata dgn elok, walaupon dah berkali-kali beli soft lens tok gantikan dengan speck, still xpakai jugak. pakai lens pon bila nak kuar jalan-jalan atau drive. 

Harap aku sedar satu fakta bahwa mata kalau dah rabun pastu tak pakai speck, maka tahap kerabunan akan semakin meningkat. *pangggggg (kasi penampar sulung untuk menyedarkan diri sdiri)



hoiiiii..dah macam mokcik rupa aku pakai speck nie...tak nak pakai speck. hwaaa



pakai lens time jalan2 jew, bukan utk wat blajar..itu prinsip aku! hehe..



Bye..:)




Rumah Anak-anak Yatim

Assalamualaikum

Entry kali nie aku nak cite sikit pasal antara event untuk sem nie yang aku dah berjaya laksanakan dengan rakan-rakan seperjuangan aku. sebenarnya event nie dah lama kot, about one month ago, tapi hari nie baru rasa nak update. memang ketinggalan zaman btol lah entry kali nieh..hehe..
tapi xpew..walaupon cite yg sudah lapuk, but, event nie lah aku rasa yang paling best sebab boleh buat amal kebajikan kat orang-orang yang tidak brnasib baik...seronok sangat dan puas hati!

On weekend haritu, aku ke rumah anak-anak yatim kat Sg.Udang Melaka, umah anak2 yatim tu orang panggil PAYASUM for short. Tempat nie not just for orphans, but still a few of them from poor family & child from unmarried parents. kat sana sume budak2 perempuan jew xde budak laki, dorang lebih kurang 60  org something camtu ah. Untuk kali nie, aku amik tugas kt bahagian Kitchen, so sume makannan yg kat sana aku punye team la yg masak. menu pon celah gigi jew senang..chehhh..*berlagak giler..huhu..ala buat bihun goreng, nasi ayam, pastu petang makan spaghetti bolognaise. 
(*kesian budak2 kat sna, 1st tme mkn spaghetti bolognaise, but they all like it! :)  hehe..)

disebabkan aku busy sangat prepred foods untuk mereka, kat sana aku xsempat lah nak beramah mesra ngan budak-budak kat situ. yela, dari pagi sampai petang dudk kat dapur jew keje..nak bergurau senda ngan adik-adik comel kat situ pon xsempat. umm..sngat disspointed  hari tu. sob.sob~ 

ok lah xpayah nak sedih sangat, meh layan gambor2 aktiviti ktorang ngn budak2 kat sana. satu hari duk sana main games jew sampai petang. sampai basah kuyup budak2 tu dikerjakan oleh hakak-hakak dan habang-habang yang seronok bermain mngalahkan budak-budak..huhu..:)


adik adik comel terkesima tgok apalah org2 baju merah nie dtg tempat dia..huhu


eh. akak tu nasi ke pulut kuning?
haha..chef xdiktiraf trlebih colouring kt nasi ayam la sampai jdi camtu.. hikhik




 games yg 1st time aku dengar org duk nyanyi sebut "telur' jew manjang..pindah situ pindah sini.
tapi aku main jugak sebab mcm best jew main nie..huhu..wlaupon pkai kerts surt khabar jew, 
xpkai telur btol. kalau x naiya bau ayam sume..huhu



  haa..sronok sngat adik nie, orang kasi meja.
sampai bersila kat lantai dah nak main 'telur-telur' tu..hihi


lecturer pon dah join skaki ngn budak-budak nie..:)
kasi chance adik2 wat dougnut demonstration..hias la sampai lebam donut tu dik..:P


tersengeh dengan donut masing-masing..:)


kalau perasan memang muka aku sebijik pon takde dalam gambr2 sume, sedih mak nokk xleh nak posing2 maut dengan dorang. Dek kerana aku terlampau rajin tahap dewa sediakn makanan utk mereka..:) duk kat dapur sampai bpeluh celah2 keti pon xpew..makk ikhlasss...hehe . xkesah lah, yang penting aku seronok berpeluang buat kebajikan kat anak-anak yatim..
time last2 nak balik tu memang buat aku touching habis la coz ada sorang adik nie brcerita plak pngalaman dia mula2 stay kat umah anak-anak yatim tu..
Mase tu aku berasa betapa bertuah dan besyukurnya aku kat Allah S.W.T masih bagi peluang untuk aku menikmti kehidupan baik dan ada keluarga ngan mak ayah kat dunia nie..tapi mereka, sejak umur  4 5 taon lagi dah xdapat kasih syg seorg ibu atau bapa..sedih sangat masa tu. :( .aku memang tabik spring ah kat adik-adik kat situ still kuat dan ceria meneruskan hidup ngn kawan-kawan kat situ. Aku harap next time aku brpluang lagi buat charity macam nie, walaupon penat tapi kepuasan yg dapat x dapat di ungkap ngn kata-kata..chewwwahh.. bermadah pulak. ok lah.

Bye...;)




*p/s: malam nie bola Kelantan VS ATM..aku malas nak tengok mmg dh tau TRW akan menang punye. :)



Monday 15 October 2012

Bersendirian

Assalamualaikum

Bersendirian, single, belum khawin, not in relationship, alone dan sewaktu dengannya lah. tulah status aku sejak dari sekolah menengah sebelum SPM 2009 sampai lah hari nie tahun 2012 . aku macam nie ah still macam dulu, takde perubahan. tapi still cool, chill , steady mekdi,ceria n sometime giler2 ckit. xde pakwe xde lah sampai meroyang sorang-sorang, jeles tengok orang couple ke hapa. xde pon perasaan mcm tu.   eeee, kesiannya ko adhil, tak laku la tu! *talk with mirror

ahhhh..aku xkesah pon xde pakwe.bukan kes xlaku, or market-gile- pompuan nie, bajet-cun-padahal xcun-  ke hapa. cuma aku xnak bagi  harapan n komitmen kat sape-sape. kang aku layan kang ingat aku suka dia pulak. Lelaki cmtu ah, pantang layan sikit, bajet pompuan tu suka kat dia, padahal org nak berkwan jew. Pastu ajak couple pompuan tolak. gaduh.benci. pastu merayu, paksa. perghhh..Desperate giler ko! 
*mengikut pengalaman aku la, xsemua lelaki cmtu .rilex bro!! ehe

aku rasa dalam umur aku 20 tahun nie adalah masa yg paling sesuai dan sepatutnya seorang remaja yang comel seperti aku nie dah ad BF. hehe. Sebab time nie lah orang duk kalut mencari pasangan bila dah lepas SPM, Then, bleh sambung study, usha-usha laki muka jambu sikit-sikit, cari yg ala-ala Kepop sikit-sikit. ummm..hidup kampus. 
Tapi, umur bukan jadi isu sekarang nie, isu skang nie adalah aku selesa hidup single. hehe. bagi aku hidup single rasanye, perghhhh..bebas, free & confident. Lega beb..Bak kata pepatah aku, bagai melepas kentut di tangga. *erghh. xde kaitan

hidup single nie bagi aku banyak jugak kebaikannya, antara kebaikannya yang aku dapat rasa selama 3 taon nie adalah. *ayat skema giler.haha

 Bebas
1.Hidup bebas takde sape-sape ganggu aku pagi2, call/text say 'gud morning baby...tido lena x semalam, mimpi i x smalam, dah mandi belum, ada klas ke, pkul brapa, subjek apa, pergi dgn sape, eh da sampai kelas ke..eh dah habis kelas kew, eh eh eh...Hadoiiii, rimasnya tiap-tiap pagi mesej, call tanya benda  yg sama. tak boring ke? 

2. Bebas jugak dari segi berkawan. suka hati mak-tiri-sebelah-laki-tiri-bapak -akulah *eh,over pulak nak berkwan dengan mane-mane jantina pon kalau xde BF kan. nanti kang kalau dah terlebih kawan laki pulak, sedih pulak pakwe aku. hari-hari kena jaga jantung hati yang besar tu supaya tak jadi kecik hati . penat jugak kena memujuk orang, aku nie bab2 pujuk orang memang xkuasa la makk!

3. Bebas lain pulak kalau nak keluar. xde BF senang tak payah nak mintak izin, nak bagitahu ke hapa sebelum keluar. Biasalah kalau manusia yg dah hanyut di alam cintan nie, KETAATAN kepada BF/GF melebihi ketaatan kat mak bapak, kat Tuhan. keluar xinform mak bapak takpe, tapi everything kena inform kat BF. Takut kantoi la kononnya, takut jadi pape kang susah. *Eh emo lebih pulak ak nie.
yang nie cause was heppend to me la, yang pernah gaduh dgn Bf mmber sndri sebab aku ajar awek dia menipu cakap xkeluar, yela, kalo ckap btol2 sah2 xkasi keluar walaupon ngn kwan sdiri. Perghhh..memang menyirap naik hantu aku dengan jantan macam nie, sanggup cakap aku bukan-bukan dsebabkan benda kecik macam tu.Buknnya ajk keluar dgn laki lain kew ap. ishhh..betapa dikongkong kerongkongnya kawan aku tu. Aku x mendoakan mereka berkekalan pon kalau dah kongkong pmpuan mcm tu. kesian aku tngok kalo dah dpt laki smpai tahap nie. tu belum kawin. Lepas kawin? lu pikir la sndiri.

Jimat.
1.haaaa..yang nie pon memang ketara la dalam hidup aku, jimat dari segi membeli top4 pulak. tiap-tiap bulan aku xlah kerap sangat menopap lompat di kedai apek. hehe. Paling banyak pon aku pakai rm10-rm15 jew sbulan. tu pon, wat call family seminggu skali, n kawan2 klas kalau ad bende2 penting..Bapak ah, jimat gilerrrr hidup ak...:)

Tapi semua yang aku tulis tu adalah pendapat kepala otak aku jela. lain orang lain pendapat. Kalau aku pikir cmtu, korang mungkin cakap hidup couple pelengkap hidup korang. Tak pe, tu hak korang. ak rasa aku nie jenis pelik sikit lain drpd orang lain cara pemikirannya. orang nak cakap aku kolot ke apa aku xkesah pon. janji aku bahagia..hehe..Tapi walaupon aku still cmni, aku still menghrapkan suatu hari nanti aku jumpa Mr. Right aku. Chewahhh..!! tapi bercinta lepas kawin pon ok jugak kan, banyak jugak kebaikannya. 
ok lah. dah panjang lebar aku duk melalut kat sini....:)

bye..:)






* Actually now, I'am single but not available..hehe. pewitt..:P

Saturday 13 October 2012

Semester 5

Assalamualaikum

kali nie aku rajin sikit update blog, mungkin angin menaip dengan jari yang runcing ini dalam mood yang agak baik agaknya atau disebabkan perasaan pemilik blog yang kebosanan tahap dewa di hujung minggu yang malap ini, kerinduan di kampung halaman pun mula terasa bila di saat ketiadaan teman untuk bergosip.
 ok. berbalik kepada tajuk entry, tak payah nak merapu sangat. Baikkkkk....

semester 5, tahun ke 2 aku belajar kat PMM nie..wahh! begitu pantas masa berlalu, lagi satu semester dah habis belajar. Terasa seperti baru tahun lepas aku daftar dan ditinggalkan oleh keluarga ke sini. kali pertama jauh dengan keluarga, seperti anak tiri yang diperlaku seperti Cinderella dan dicampak berjauhan 10 jam perjalanan naik bas dari kampung halaman. Begitu sedih bila flash back balik ketika itu. sob sob~ (ayat dah macam karangan SPM)

Semester ni memang agak penat dan tak cukup rehat sikit la, sebab banyak event dan kelas commercial kitchen aku kena buat tiap-tiap minggu. Kadang-kadang rasa seronok dapat masak-masak tapi kadang-kadang jugak rasa bosan dah tiap-tiap minggu masak dan melayan orang makan mintak itu mintak ini. Maybe ni effect dari balik praktikal enam bulan di hotel yang tiap-tiap hari busy pastu tiap-tiap hari aku kena layan guest yang sesetngah fussy nak mampus dan berlagak tahap tenuk. Taula duit berkepok. huh! hilang selera berak aku ingat balik dengan orang macam nie. Tapi agak teruja dengan budaya di hotel. tapi xde la sampai culture shock. umm..Baru ku tahu.

subjek untuk sem ni jugak agak melemahkan jiwa batinku sebab ada subjek law dan account. dan sudah pastinya ada final paper, dua2 membunuh memori otak aku, kena banyakkan makan kismis doa dan kurangkan makan semut agaknya baru aku boleh ingat apa semua fakta2 law ngan format akaun. haishhh...tahan-tahan..lagi beberapa bulan dah nie nak habis blajar. Ok tahan, tahan nafas, tahan kentut. Lepassssssss.(* _*) eeeee..

harap-harap sem nie xde yang sangkut, xsabau jugak nak grad, dapat bunga besau-besau dari family terchhintaa..:)

sedikit potret untuk sem ni bersama kawan sebilik dan segosip yang baru..eceecceceh


Dia Aina, dri wilayah Golden Sand, very talkative girl..ehe..:)




nasib baik dapat yang satu negeri, senang nak bergosip tengah-tengah malam. dan kadang-kadang otak sama-sama tingtong menggila pukul  2 3 pagi..hadoii..punah2..


sekeping potretku ala-ala ahli gimnastik lentokkan pinggang. Sekian

Bye..:)


Thursday 11 October 2012

Malas kena Balas

Assalamualaikum..

Akhirnya, untuk tahun 2012 nie aku berjaya jugak update blog yang sudah lama sunyi sepi menangis sendiri, dek kerana tuan punye blog sangat malas, pemalas, alas, galas, gelas, colek malah. (eh! merepek pulak aku) nak update blog.. tengok! tajuk entri pon ada kaitan dengan  sikap ku yang malas nie. *sigh

Hari nie memang sikap malas aku mendapat upah yang agak kena jugaklah.. 
Pagi tadi aku ponteng kelas, xtau lah kenapa tiba-tiba badan terasa malas giler nak attend class. nak cakap mengantuk sebab tido lewat semalam tak pon. saje buat lembik-lembik tak nak keluar dari selimut. pastu romate dah siap2 dah nak pergi kelas, aku masih membuat keputusan terbaik samada lepak sampai bisul atas katil atau pergi kelas duduk sampai bisul dengar lecturer berceloteh di depan.Then, pilih ponteng saja kelas hari ni. pesan kat romate cakap aku sakit perut jew. pompuan biasalah..alasan sakit perut, period pain adalah ayat yang sudah cair taik telinga lecturer dengar. euuwwww!

weeeehooooo...
xpayah pergi kelas, duk lam bilik sambil ngadap laptop sambil2 jugak tunggu habis kelas pastu mengharap romate mesej aku pakai ayt nie 'kau nak makan apa??'  wahhh..bahagianya hidup macam nie..xpayah kluar bilik turun dari tingkat tiga nie beli makanan. Zaappp. nasi dengan lauk ayan masak lemak cili api sudah tersedia depan batang hidung. 

' Kalau sakit perut lect mintak surt MC. kalau takde dia suruh kau buat akur janji sebanyak 300 kali hantar kat pigeonhole esok pagi! ' Kata roomateku yang rajin pergi kelas itu.

300 kali??? bapak ahh..banyak giler.. 

ummm..dengan paksa rela aku buat jugak..tapi nasib baik 100 kali jew,,kalau tak, boleh kena Parkinson aku. Nak habiskan 100 kali pon terketar-ketar dah jari jemariku yang halus mulus ini.





Tulisan yang ke 10 pertama jew cantik..pastu 11 sampai 100 tu memang dah macam hareeemm dah tulisan aku..dah macam cakar harimau. kalah budak tadika. 

yang siotnye dak pompuan klas aku baik btol. aku sorang jew pompuan yang ponteng kelas aritu, sume dak laki lam kelas aku pon sekepale..terus terasa nak tukar jantina mase tu dapat tau aku sorang jew pompuan. Malu siakkkkkkkkk!!!!!!

pengajarannya disini, sebenarnya takde apa-apa pengajaran sebab kalau kau dah malas nak mampos tu malas jela..ganjaran atau upahan yang dibagi lect nanti belakang kira...haha..

bye :p 









Dunia kanak kanak yang dirindukan

Masa kau kecik kau tak sabar nak jadi besar, nak tengok muka sendiri ni macam mana la agaknya bila aku dah besar. Muka hitam yang ni nanti...