Sunday, 2 September 2018

Dunia kanak kanak yang dirindukan



Masa kau kecik kau tak sabar nak jadi besar, nak tengok muka sendiri ni macam mana la agaknya bila aku dah besar. Muka hitam yang ni nanti besar akan jadi putih tak?  boleh melawa, boleh pergi mane mane sorang sorang..boleh bawak kete, boleh ada pakwe. Akan kawin ngan sape nanti? macam macam benda nak buat bila dah besar. ish.. pikiran budak kan.

Tapi, bila kau dah besar kau akan rasa macam ala.. cepatnya masa berlalu, tak puas lagi nak bermain sorok sorok, nak hidup hanya fikir bermain, berseronok, makan & tido je. Seronok jadi budak budak. Tak payah fikir masalah. Tak payah fikir nak cari duit, n benda paling susah bila kau dah besar bila kau tak boleh dah fikir pasal diri sendiri. banyak kau kena utaman hati dan perasaan orang lain melebihi diri sendiri. Lebih lebih lagi bila kau dah ada pasangan hidup.

Zaman kanak kanak aku tak sehebat mana, tapi aku sangat merindui seorang kawan baik aku ni. aku panggil dia Ira.. masa aku 5 6 tahun lagi aku berkawan ngan dia. rumah aku sebelah je umah Ira. Almost everyday, everytime aku akan pergi umah dia. Balik tadika pergi umah dia, makan pon kadang kadang umah dia. Dia anak tunggal, so aku jela dia selalu berkawan. Tak tau lah aku buat ape hari hari umah dia. Kadang kadang nak recall satu satu aktiviti ape masa kecik kecik hari hari lepak umah dia tu xingat dah. Zaman tu TV je penghibur hati kitaorang. Dari pagi sampai malam aku akan pergi umah dia. Ahh.. rindu sangat..

Part paling sedih bila dia kena berpindah ikut ayah dia stay Rantau Panjang. seingat aku masa tu sekolah rendah kot. Sedih lahai masa tu sebab dah takde kawan serapat dia aku nak berkawan. Lepas dia berpindah tu sempat la sekali aku pergi Rantau Panjang jumpa dia melepaskan rindu. Tu pon ma abah dia yang datang ambik. Tak puas bermain kejap je tido umah dia. Lepas tu kitaorang macam dah tak contact sebab zaman tu telefon semua susah nak ada. Mak aku sendiri pon takde talifon mase tu.


Lost contact hampir berbelas tahun jugak. Baru 2 3 tahun lepas aku jumpa Facebook dia n kitaorang connect balik. Tapi harini, panjang umur kitaorang dapat berjumpa balik selepas hampir 15 tahun kot tak jumpa.. lama sangat tu weh.. bila dapat tau dia kat KB semalam terus aku ajak jumpa.. Kejap je masa berlalu dia lagi tinggi dari aku. Happy sangat tadi dapat jumpa dia n mama dia. Tapi sayangnya kejap sangat aku dapat borak.. dalam 2 jam macam tu je aku jumpa dia tadi.. pastu dia nak balik Raub dah petang ni. Tapi dah lepas rindu rasa happy sangat dah. InsyaAllah lepas ni kalo ada rezeki boleh jumpa lagi tau Ira..



Nah! masing masing dah besar. aku dah tau jodoh aku sape Ira.. lepas ni turn kau pulak. aha



sempat berposing manja beberapa minit je. Lepas tu dia dah nak balik Raub. Jumpa lagi Ira.. 


Alahai.. tak sanggup nak tengok muka sendiri zaman kecik. haha. hitam, rambut kerinting. sekali tengok macam anak orang asli. kahkah. Nasib baik la dah besar ni okey la sikit. Rambut pon dah lurus. huhu. Masa ni mase aku 7 tahun kot..





No comments:

Post a Comment

Dunia kanak kanak yang dirindukan

Masa kau kecik kau tak sabar nak jadi besar, nak tengok muka sendiri ni macam mana la agaknya bila aku dah besar. Muka hitam yang ni nanti...