Wednesday 2 January 2013

Welcome 2013


Assalamualaikum

Eh, tahun 2012 dah habis dah..??? huk alohh..kejap giler dah habis dah staon. Kalau kawin awal taon aritu, anak dah besar dah nie..dah boleh jalan dah..huhu..*gatai
Alhamdullilah..syukur kepada Tuhan aku masih diberi kesempatan hidup, kesihatan yang baik, dan berpeluang menikmati kehidupan seharian bersama keluarga dan kawan-kawan di bumi ALLAH nie.. ermm..sedih pulak teringat kat saudara seIslam kita yang ramai tlah meninggal dunia sebab perang kat Palestine taon lepas kan. Sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan mereka sume ya. Semoga taon baru nie diberi sinar kehidupan baru yang lebih baik kat mereka semua
In Sha ALLAH..

Sambut malam Tahun Baru keeeww???

Takde! takde! Malam tahun baru kali nie aku xde nak sambut ape2 pon,tengok bunga api kew, konsert ke hapa sume tu.. aku melepak kat bilik je, layan movie lagi bagus. Plus, awal2 sem nie xde member yang nak ajak pergi tengok bunga api kat Dataran Pahlawan. Bunga api kat area2 sini adela jugak, Tu pon 5 6 das je, meletup pon segan silu jew bunyinye. Dengar tak dengar jew.

 Tapi, kalau sambut new year countdown yang taon lepas lagi best. Sebab masa tu aku kat KL. Tengah praktikal kat hotel besar jugak la. Biasalah hotel kan..kalau sambut tahun baru memang nak meriahh uollss..duk dalam gelap pasang lilin 2 batang,makan-makan, mabuk sikit-sikit, joget sikit-sikit, bising giler-giler,  tu memang wajib. Bukan aku la, guest ngan staf2 hotel jela yg soSIAL camtu… aku tukang menyaksikan kejadian jerrr.. sebab mase tu kena keje dari pagi sampai malam. Kena tunggu siap sume baru  aku boleh balik. Aiisshh..masih tengiang-ngiang rasa kepenatan tahap gaban malam tu..gaban pon tak rasa penat camni. keje macam Bangla dah aku rase.

Mula-mula memang terkejut jugak aku tengok kehidupan orang-orang kat hotel nie. Aku terfikir sekejap. yang aku nie betul kew pilih hotel line ..macam giler jew social life dorang nie. Terlampau extreme aku tengok..semua main belasah jew,  tak kira ko melayu kew hapa..laki ke pompuan. Sume layan  jew minum. Tapi takde la semua orang keje hotel camtu, dalam ramai2 pekerja situ adela  3 4 ekor orang yang camtu. Aishhh..parah2!

Um, ok lah. Sempena tahun baru 2013 nie aku takde la tanam azam yang tinggi sangat, sebab selalu jew apa yang aku azam-kan tak tercapai pon..ehe…aku just harap taun nie lagi bagus daripada taon-taon yang lepas. Semoga apa yang aku capai dan impikan termakbul lah dengan usaha-usaha yang aku buat. jika di izinkan-Nya kan. AMINNN..mudah-mudahan.J anyway,


SELAMAT TAHUN BARU 2013!!

Dunia kanak kanak yang dirindukan

Masa kau kecik kau tak sabar nak jadi besar, nak tengok muka sendiri ni macam mana la agaknya bila aku dah besar. Muka hitam yang ni nanti...