Friday 30 May 2014

Konvokesyen-Ada Diploma setakat ni.

Assalamualaikum


Hampir setahun aku tunggu nak rai hari yang aku rasa agak mengujakan ni.
Tengok yang lain pakai jubah, naik pentas pegang segulung ilmu selama tiga tahun. pun diri ni membuak-buak tak sabar.
 Ni  kiranya cerita throwback aku  pergi konvo hujung bulan 3 aritu. Kat Merlimau lah mana lagi!
Sedih sebab abah aku takleh datang tengok aku naik pentas cipta potret bersama sama. Dah lah masa first aku masuk belajar dia pon takde. Tak dapat kenal jugak tempat aku berhempas pulas belajar tak seberapa di sana.

Pencapaian tidak pernah membanggakan pon. Suam suam kuku je. Tak pernah merasa kembang hidung dengan result hebat. Tapi takpe lah.. yang penting habis belajar.
 Menyesal takde orang nak layan jugak. sebab kau memang macam tu.

Tak dapat semua tu paling tidak aku dapat memori indah, dapat kawan, dapat pengalaman.
Sudah cukup untuk aku berfikir untuk kedepan hari pulak.

Nah! simpan lah sedikit potret masa konvo aku. kenangan di hari tua.












Lemah

Assalamualaikum


Rambut mulai gugur

Mata banyak yang berkabur

Muka sedikit luntur

Kulit pon jerawat berterabur

Lubang hidung najis hampir tersembur

itu apa yang dilihatnya. Dalamnya?

Hati ni dah lama hancur

Otak pon fikir bercampur-baur

Jiwa makin hari makin berobor
dan. dan. dan
sepatutnya aku dah tidur.

Tapi... aku lemah. Dalam segala hal,

Untuk Sekian Kali

Assalamualaikum..

untuk sekian kalinya.. blog yang berbulan bulan aku tinggalkan, dan harini angin kus kus apa tak tau membuatkan aku rajin update blog. walaupon secebis.

untuk sekian kalinya.. tak pernah pernah aku duk rumah jadi suri rumah tangga yang berjaya untuk tempoh yang agak lama selepas habis tanggungjawab di JPA. 
*hidup separuh gila macam ni, kalo anak orang kaya takpe. sobs~

untuk sekian kalinya.. aku merasa kecewa dengan hidup aku yang serba sial. Aku sedih sebab aku tak kuat nak hadap semua ni.

dan untuk sekian kalinya.. aku terasa benci yang teramat kepada lelaki yang mungkir janji itu, semua janji dicapati dan jugak boleh diibarat menanam tebu di tepi bibir angelina jolie. Haruslah aku lupakan apa yang terpendam. Lupakan dia lelaki mulut manis j*** masam.
* jangan buang masa yg pendek ni.



Bye...

Dunia kanak kanak yang dirindukan

Masa kau kecik kau tak sabar nak jadi besar, nak tengok muka sendiri ni macam mana la agaknya bila aku dah besar. Muka hitam yang ni nanti...