Thursday, 22 September 2016

1st Time Hiking di Bukit Keluang, Besut

Assalamualaikum..


Anyong chinguya... whassup gais!? Ah, akhirnya blog aku ni bernyawa balik selepas berpuluh juta saat tak bukak. Berblog ikut mood je aku ni uolls.. 
Ok lah back to story. Cite ni dah lama sebenarnya.. tapi harini baru ada feel nak menulis. lagipon harini hari Jumaat, tak kerja boleh la ngadap laptop je seharian. 

Back to tittle lah weh. Panjang pulak intro nye. kkkk

okey2.. Sebenarnya dah lama kitorang planning nak mendaki Bukit Keluang, Besut. walaupon dekat je (1 hour trip from my place) tapi disebabkan susah nak cuti sekali so selalu postponed. Selepas orang duk viral view tempat tu lawo gila macam oversea kan.. makin tazabar la nak pergi. walhal memang dah tau aku ni bukan kuat fizikal sangat nak daki2 bukit ni. Sikit2 pening, sikit2 sakit perut, sikit2 nak pitam, lembik betol !

AND Finally, Alhamdulillah, kitorang ada peluang cuti sekali disebabkan haritu public holiday. Cuti Awal Muharam. So, pagi2 lagi dalam kol 7 lebih camtu aku n the geng gerak dari Kota Bharu. Kita orang konvoi 2 buah kete. 8 orang. Tak sampai sejam pon dah sampai, sebab masing2 bawak kete macam bapak dia punye jalan raya. Sampai tu memang orang ramai gila nak mampus. Aku bet ramai students luar yang datang. cina pon ramai. Aku ingat cuti2 macam ni orang duk rumah layan TV je, tapi tak jugak. Ramai nau nak mendaki bukit Keluang ni.

Sampai je kitorang park kete paling dekat ngan tempat yang kita akan turun nanti, walaupon kena berjalan dulu dalam 10 min kat depan tu sebelum jumpa starting point.  Then, kita warm-up kejap pastu start la berjalan terkedek-kedek kami berlapan. hihi

Oklah. Malas dah nak taip panjang2. Layan jela gambar yang tak seberapa dari Kamera buruk Nikon coolplix L27 aku ni. (lama sangat tak guna tau)

kena berjalan dulu sebulum jumpa bukitnye.. mase ni memang ramai budak2 depan kitorang.

Ah, awal2 boleh la senyum naik bukit. Tak sampai 10 minit muka aku dah macam orang tak cukup oksigen. Mengah gila



lawa kan view sini.. sebab tu Viral. Akhirnya kitorang sampai kat tempat yang ditunggu tunggu untuk selfie. 

Bagi chance ae hakak nak mempoyo di view lawo ni

Fevret place to take photos.
Tempat ni ah korang duk viral sampai semua nak datang sini kan? kan? mase ni nasib baik tak ramai sangat yang nak brgmbr kat sini. 


kalau bawak perempuan memang jadi mangsa la kaum laki kena tolong ambikkan gambar kitaorang. Nasib la nak!




Lepas hiking korang boleh relax2 kat sini dulu.


time ni nak turun dah. Semua mcm kebulur, haus nakmampus dah s.. aku pon keluarkan makanan paling sedap di dunia (masa tu jela) iaitu sotong celup tepung yg aku buat. pergh.. semua makan macam tak makan sminggu. haha





Masa nak turun memang bahaya sikit. Korang kalo nak pergi elok pakai kasut yang sesuai.. sebab cerun dia perghh.. menjerit mcm pontianak sekor2 kat atas sana.  Kena pegang kat pokok2 n ranting2 pokok tau. kalo ada 'abang' nak pegang abang pon takpe. auww





Mase nak balik tu, tiba2 geng2 laki
 ajak pergi mandi kat Air Terjun Lata Belatan..Dorang ni macam dah planning awal2 dah aku rase, sebab siap bawa baju extra aku tengok. So kita yang gegirl ni ikut jela walaupon dalam hati ni teringin nak 'badak berendam' kat air yg sejuk tu.(aku jela kot teringin) 






Tengok view jela mampu. Tenang jugak duk sini walaupon takleh terjun skali dalam tu





Thanks for reading... XOXO

Monday, 4 April 2016

Sedikit Intro Tahun 2016

Assalamualaikum..

weh.weh tengok aku buat apa skang. aku tengah update blog weh.. fuyyohhh. kau dah kenape? buang tabiat ke apa malam ni ?  tak taula kepala aku dua tiga menjak ni macam sakit je..nak kata pening tak jugak. mcm sakit dalam kepala hotak gitu. rasa nak hantuk2 kat kepala katil. urm, keje aku selalu terdedah dengan cuaca panas kot. Jangan main2 skang, xpasal pasal kena strok haba. choii! ish Nauzubillah.

nak merapu ape sebenarnye ni? ntah!idea banyak nak tulis ni tapi takut orang terjumpa and baca plak blog merapu aku ni. urm, takde ah aku  nak cakap, aku macam rasa penat gila kerja tahun ni. Macam kerja tu gaji beribu riban. Padahal. hmm.. nak cakap pon sedih pasal gaji ni. kang aku bagitau kang ada yang turut serta nangis keluar hingus sampai dagu. sobs~

masuk bulan ni setahun sebulan aku kerja dengan company ni. Urm, so far my boss okey jer. tapi kadang2 je rasa tak ok. well. dah nama bos. paham2 ler.. kali ni aku lari skit bidang kerja aku.Asal belajau (ha.keluar melakau dah) hotel managment, masak duk dapur busuk2 asap kat baju.. lobang hidung pon hitam legam sebab sedut asap. Tapi skang kerja medical line plak. benda aku x expected langsung aku akan masuk bidang ni. sebab aku rasa macam tough skit la. Medical kot. Bukan calang budak boleh kerja macam ni. Tapi aku redah je skang ni. Nak cari rezeki kan.. nak gi korea kan. kena la keje kuat sikit. Kawin ? ish, mau tak nak. Nak ah. Tapi nantila.. tunggu laki yang aku suka tu suka aku balik. haha. Tapi buat medical ni so far aku macam suka je keje macam ni. Tengok2 surgeon buat operation, kawan2 ngan doktor.. Ok lah. Good experience untuk aku stakat ni.

Aduh.. kepala macam sakit je ni, Nak tido la dulu, dah 11.30pm ni, esok keje nak g jumpa doktor pulak. Adios.. Anyong.

Dunia kanak kanak yang dirindukan

Masa kau kecik kau tak sabar nak jadi besar, nak tengok muka sendiri ni macam mana la agaknya bila aku dah besar. Muka hitam yang ni nanti...