Friday, 8 September 2017

Jodoh ke Ajal yang sampai dulu ni?

Bila selalu sangat tengok orang bahgia, member2 baru kawin, baru dapat baby tunjuk and kongsi semua tu dekat laman sosial, Kadang aku terdetik sedikit perasaan iri.
 Bila aku nak ada macam tu ek? sempat ke tak? dengan sape agak-agak? 
Sumpah teringin.  

Ntah lah. perasaan ni datang kejap-kejap sebenarnya. kadang2 rasa macam tak bersedia langsung nak terima sape2 dalam hidup. Kadang-kadang rasa nak terima sape je yang ajak aku kawin. aha. 
Tapi skang macam tak nak pulak. ahhh.. gila ke ape aku ni? tak gila..benda ni normal kot aku rasa. kalau kau ada d tempat aku mungkin kau buat benda yang sama. 

Umi aku macam terlalu risau skang ni dengan anak-anak dia yang mana dah patut kawin tapi belum nampak ke arah tu. Sindir menyindir, compare dengan anak jiran sbelah, siap buat planning majlis pon dah terlalu kerap keluar dari mulut dia. Kesian. Dia teringin jugak tu. Teringin nak orang ramai2 datang rumah dia. hihi.

 aku ada 6 beradik. kakak aku yang sulung dikira single mother of two. since arwah suami dia takde 3 tahun lepas. so, kira semua single lah. 32, 30, 28, 25,22,18 tahun. yang mane patut dan wajib kawin buat masa skang?? haha..



Untuk Kamu yang menunggu jodoh, Jangan risau.
Mungkin dia belum lahir..




Tunggu jodoh jatuh dari LANGIT la. !

bye.

Thursday, 7 September 2017

Cuba duduk di tempat aku?

kalau aku kata hidup aku sangat malang, macam aku ni tak reti bersyukur pulak dengan nikmat tuhan yang Allah bagi selama ni. Ya, Aku bersyukur, tapi kadang2 rasa kesal jugak. Orang lain ramai lagi hidup susah dari kau! bersyukur lah! 
  Ntah! Aku tak kesah lah ape orang nak cakap. Tapi yang pasti aku rasa aku dah hadap macam-macam dugaan, padahal baru setengah dekad hidup. Rasa macam dah terlalu banyak kesedihan, kekecewaan yang aku rasa. Air mata tak payah cakap la, kalau boleh disukat dah berbesen mungkin.

Bulan 3 haritu aku dah tak keje, sebab terlampau tak tahan dengan cara kerja kat situ. Tak sampai seribu ringgit rasa macam tak berbaloi dengan kerja dan tanggungan yang aku kena hadap. Hati sakit, poket pon 'sakit', suasana kerja yang tak enjoy bagi aku. 2 tahun yang takde hasil aku boleh kumpul.  Biarlah yang tu jadi pengalaman buat aku. Cari duit bukan mudah! 
oh. komisen aku yang hampir 2k masih diam membisu! bila nak bayar?

Walau takde duit hati tenang sikit, tak terlalu fikir pasal tu. bukan sebab aku boleh mintak dengan makpak aku. Jangan harap! tapi seronok sebab aku bebas masa jual itu ini kat FB. adela sikit buat makan untuk diri sendiri.
 Satu malam, seronok makan makan dengan adik beradik aku. Tak tau lah bodoh ke aku ni, atau memang benda nak jadi. Aku gi tinggal beg aku bawah seat kete. Memang aku tak jangka langsung kete akan kena pecah. Untuk kali ketiga beg aku and semua barang penting aku hilang sekelip mata. Rasa nak pitam pon ada mase tu. Terkejut. macam2 fikir mana nak cekau buat ic untuk kali ke-3? Balik umah nangis macam mati anak depan umi abah. Menangis kecewa dengan hidup sebenarnya masa tu. Aku redha. Mungkin ada hikmah.

Satu pagi tu. Perasaan yang suram dan buat pertama kali aku tengok air mata anak jantan seorang abah jatuh di pipi. Abah aku kehilangan pulak bonda tercinta buat selamanya di rumah aku. Ajalnya sampai jugak tidak awal atau lewat walau sesaat.
Al-Fatihah TokMek. 

 Bunyi fon nombor aku tak kenal.
' Weh Adhil si M**** dah nak kawin hujung bulan 4 ni.. kau tau tak?' dia ajak aku ngan ko sekali. jom ah!" Kau tau bakal bini dia sape? Bekas lect dia weh, 10 tahun tua dari dia."
 . Masa tu aku tak tau aku ni dapat berita lawak ke berita sedih dari clasmate aku, yela bila dapat tau orang yang selama ni kau minat sejak zaman blajar and pernah sweet2 dengan kau dalam fon daaannnnn pernah ajak aku kawin. siap nak datang umah aku! kahkahak.. patut la senyap je, aku msj pon nak tak nak je jawab. tup tup ajak aku g majlis kau?  ketahian apakah ini??   bodoh pulak rasa. Terpedaya dengan dia tu. Mulut manis, tapi j**o masam. heh. 
Sumpah aku tak sedih. Tapi kecewa. Semoga kau bahagia bro. Aku taknak kacau!

Kadang2 terfikir ape yang Allah nak bagi sebenarnya ni di kedian hari? 
Sabar jela.. its just a bad day not a bad life kan?

Adios. 





Thursday, 4 May 2017

senangnya dipujuk rayu lelaki!





Minggu lepas aku saje sembang-sembang kosong dengan sorang budak perempuan ni. Kenal pon dari kenalan aku jugak. Tak budak jugak lah, tengah muda remaja lagi..bukan orang sini.
Lama kitaorang menyembang, keluar macam2 cerita la pulak haritu. dia memang selalu jugak bercerita kat aku tak puas hati itu ini selama keje situ. Aku dengar jela, nak masuk campur aku bukan sape-sape. 
 Petang tu tak tau macam mane dia boleh crita pasal dia dengan geng-geng dia couple. Aktiviti naik motor ramai-ramai pergi pantai tu dah biasa katanya. Buat ringan-ringan tu biasa je bagi dorang. Aku dalam hati terkejut jugak, sebab macam tak sangka dia pon sama. Tapi zaman skang macam tak pelik kan bagi budak-budak ni, takde perasaan malu. 

Sampai satu tahap yang dah mengandung enam bulan pon ada member dia sorang tu. Mulanya dengan jantan tu buat muka sedih bila mintak yang dia 'nak' tu dari gf dia. Dah, si perempuan tak sanggup tengok muka kesian si boipren ni, dia bagi jela dengan rela hati. Um, sekali rasa nak pulak lain kali nya. Aku yang dengar ni takut pulak dengar dia bercerita. Senang sungguh layu dengan muka sedih si boiprennya. Budak lagi tu.. belasan tahun. Nauzubillah!

cerita dari aku pulak tak jauh je dari umah aku ni. Nak bagitau satu peribahasa je.. "Diam -diam ubi berisi" orang cakap. Dulu, bapak si budak perempuan ni suka sangat jaga pasal anak orang. pernah keluarga aku pon dia sibuk jugak. Sibuk duk kejar anak orang keluar dengan jantan mana malam-malam. Sekali, Allah nak uji dia, anak sulung dia bagi kat dia sorang cucu sebelum bagi menantu. Aku macam tertelan air liur jugak dengar sebab budak ni memang baik, senyap je orangnya. Bak kata orang "diam-diam ubi berisi". Dulu rasa nak marah kat bapak dia, tapi rasa kesian pulak anak dia jadi camtu. umm

Aku kadang-kadang takut gila nak berboipren boipren ni. Sebab aku rasa takde jaminan kita tak kan terjerumus ke arah benda-benda yang tak elok ni. Paling tak pegang-pegang tangan tu wajib pernah buat kalau bercinta. Yelah, bila dah berdua ni mesti ada yang sekor lagi. Iman kau pulak nipis macam kulit bawang. Perasaan nak try macam-macam tu lumrah bagi muda remaja umur yang macam aku ni. Tapi tulah, tu semua atas diri sendiri jugak. Kalau kau rasa benda tu dah terlalu jauh dari diri kau yang sebenar, baik elak dari awal. 

Nauzubillah min zalik. 

Adios..






Dunia kanak kanak yang dirindukan

Masa kau kecik kau tak sabar nak jadi besar, nak tengok muka sendiri ni macam mana la agaknya bila aku dah besar. Muka hitam yang ni nanti...