Thursday, 4 May 2017

senangnya dipujuk rayu lelaki!





Minggu lepas aku saje sembang-sembang kosong dengan sorang budak perempuan ni. Kenal pon dari kenalan aku jugak. Tak budak jugak lah, tengah muda remaja lagi..bukan orang sini.
Lama kitaorang menyembang, keluar macam2 cerita la pulak haritu. dia memang selalu jugak bercerita kat aku tak puas hati itu ini selama keje situ. Aku dengar jela, nak masuk campur aku bukan sape-sape. 
 Petang tu tak tau macam mane dia boleh crita pasal dia dengan geng-geng dia couple. Aktiviti naik motor ramai-ramai pergi pantai tu dah biasa katanya. Buat ringan-ringan tu biasa je bagi dorang. Aku dalam hati terkejut jugak, sebab macam tak sangka dia pon sama. Tapi zaman skang macam tak pelik kan bagi budak-budak ni, takde perasaan malu. 

Sampai satu tahap yang dah mengandung enam bulan pon ada member dia sorang tu. Mulanya dengan jantan tu buat muka sedih bila mintak yang dia 'nak' tu dari gf dia. Dah, si perempuan tak sanggup tengok muka kesian si boipren ni, dia bagi jela dengan rela hati. Um, sekali rasa nak pulak lain kali nya. Aku yang dengar ni takut pulak dengar dia bercerita. Senang sungguh layu dengan muka sedih si boiprennya. Budak lagi tu.. belasan tahun. Nauzubillah!

cerita dari aku pulak tak jauh je dari umah aku ni. Nak bagitau satu peribahasa je.. "Diam -diam ubi berisi" orang cakap. Dulu, bapak si budak perempuan ni suka sangat jaga pasal anak orang. pernah keluarga aku pon dia sibuk jugak. Sibuk duk kejar anak orang keluar dengan jantan mana malam-malam. Sekali, Allah nak uji dia, anak sulung dia bagi kat dia sorang cucu sebelum bagi menantu. Aku macam tertelan air liur jugak dengar sebab budak ni memang baik, senyap je orangnya. Bak kata orang "diam-diam ubi berisi". Dulu rasa nak marah kat bapak dia, tapi rasa kesian pulak anak dia jadi camtu. umm

Aku kadang-kadang takut gila nak berboipren boipren ni. Sebab aku rasa takde jaminan kita tak kan terjerumus ke arah benda-benda yang tak elok ni. Paling tak pegang-pegang tangan tu wajib pernah buat kalau bercinta. Yelah, bila dah berdua ni mesti ada yang sekor lagi. Iman kau pulak nipis macam kulit bawang. Perasaan nak try macam-macam tu lumrah bagi muda remaja umur yang macam aku ni. Tapi tulah, tu semua atas diri sendiri jugak. Kalau kau rasa benda tu dah terlalu jauh dari diri kau yang sebenar, baik elak dari awal. 

Nauzubillah min zalik. 

Adios..






Dunia kanak kanak yang dirindukan

Masa kau kecik kau tak sabar nak jadi besar, nak tengok muka sendiri ni macam mana la agaknya bila aku dah besar. Muka hitam yang ni nanti...