Sunday, 2 September 2018

Dunia kanak kanak yang dirindukan



Masa kau kecik kau tak sabar nak jadi besar, nak tengok muka sendiri ni macam mana la agaknya bila aku dah besar. Muka hitam yang ni nanti besar akan jadi putih tak?  boleh melawa, boleh pergi mane mane sorang sorang..boleh bawak kete, boleh ada pakwe. Akan kawin ngan sape nanti? macam macam benda nak buat bila dah besar. ish.. pikiran budak kan.

Tapi, bila kau dah besar kau akan rasa macam ala.. cepatnya masa berlalu, tak puas lagi nak bermain sorok sorok, nak hidup hanya fikir bermain, berseronok, makan & tido je. Seronok jadi budak budak. Tak payah fikir masalah. Tak payah fikir nak cari duit, n benda paling susah bila kau dah besar bila kau tak boleh dah fikir pasal diri sendiri. banyak kau kena utaman hati dan perasaan orang lain melebihi diri sendiri. Lebih lebih lagi bila kau dah ada pasangan hidup.

Zaman kanak kanak aku tak sehebat mana, tapi aku sangat merindui seorang kawan baik aku ni. aku panggil dia Ira.. masa aku 5 6 tahun lagi aku berkawan ngan dia. rumah aku sebelah je umah Ira. Almost everyday, everytime aku akan pergi umah dia. Balik tadika pergi umah dia, makan pon kadang kadang umah dia. Dia anak tunggal, so aku jela dia selalu berkawan. Tak tau lah aku buat ape hari hari umah dia. Kadang kadang nak recall satu satu aktiviti ape masa kecik kecik hari hari lepak umah dia tu xingat dah. Zaman tu TV je penghibur hati kitaorang. Dari pagi sampai malam aku akan pergi umah dia. Ahh.. rindu sangat..

Part paling sedih bila dia kena berpindah ikut ayah dia stay Rantau Panjang. seingat aku masa tu sekolah rendah kot. Sedih lahai masa tu sebab dah takde kawan serapat dia aku nak berkawan. Lepas dia berpindah tu sempat la sekali aku pergi Rantau Panjang jumpa dia melepaskan rindu. Tu pon ma abah dia yang datang ambik. Tak puas bermain kejap je tido umah dia. Lepas tu kitaorang macam dah tak contact sebab zaman tu telefon semua susah nak ada. Mak aku sendiri pon takde talifon mase tu.


Lost contact hampir berbelas tahun jugak. Baru 2 3 tahun lepas aku jumpa Facebook dia n kitaorang connect balik. Tapi harini, panjang umur kitaorang dapat berjumpa balik selepas hampir 15 tahun kot tak jumpa.. lama sangat tu weh.. bila dapat tau dia kat KB semalam terus aku ajak jumpa.. Kejap je masa berlalu dia lagi tinggi dari aku. Happy sangat tadi dapat jumpa dia n mama dia. Tapi sayangnya kejap sangat aku dapat borak.. dalam 2 jam macam tu je aku jumpa dia tadi.. pastu dia nak balik Raub dah petang ni. Tapi dah lepas rindu rasa happy sangat dah. InsyaAllah lepas ni kalo ada rezeki boleh jumpa lagi tau Ira..



Nah! masing masing dah besar. aku dah tau jodoh aku sape Ira.. lepas ni turn kau pulak. aha



sempat berposing manja beberapa minit je. Lepas tu dia dah nak balik Raub. Jumpa lagi Ira.. 


Alahai.. tak sanggup nak tengok muka sendiri zaman kecik. haha. hitam, rambut kerinting. sekali tengok macam anak orang asli. kahkah. Nasib baik la dah besar ni okey la sikit. Rambut pon dah lurus. huhu. Masa ni mase aku 7 tahun kot..





Saturday, 1 September 2018

Dah nangis kenape?



semalam tak tau lah kenape datang mood nak nangis gila gila macam orang sakit sakit kena dera, haha. laki aku ingat aku merajuk n nangis sebab dia. sebab semalam saja je aku gurau2 nak kiss dia, tapi dia mcm tak nak. aku pon buat buat merajuk tolok badan dia xnak layan dia. pastu aku buat buat tido pandang dinding.

tapi tiba tiba aku plak yang datang angin kus kus rasa sebak n sedih semacam. plus aku tengah period skang ni. memang perangai hantu mane la akan datang. nangis tak memasal.

laki aku cuba pujuk, tapi aku tutup muka ngn bantal, buat keras kejung badan ni tak nak berpaling pon kat dia. dia plak berkali kali duk mintak maaf kat cuping telinga aku. aha. bersalah plak rasa buat dia rasa serba salah macam tu, Lepas dari tu, macam macam plak aku duk fikir dalam kepala otak ni. Ntah la nak kata fikir merajuk sebab tadi macam small matter sangat nangis beria kan.

Aku pon keluar bilik saja nak lari kejap, takut terganggu plak laki aku nak tido bunyi soksek soksek hingus ni. Dari pukul 12 sampai hampir kol 3 pagi jgk la air mata ni kejap kejap nak keluar.. smpai xleh nak bernafas sebab lobang hidung ni dua2 tersumbat. haha.. sampai pening kepala aku semalam nangis kuat sangat. Rasa haus la plak, masuk dapur bancuh air milo beng satu mug. Lepas minum lega la sikit rasanya. even tengah sedut air tadi pon aku menangis. Menangis sebab ape pon tak tau la. nak cakap pon tak reti.

Harini plak aku bangun pagi sikit sebab janji nak jumpa kawan lama dari kecik datang kota bharu dari Raub. memang lama gila lah tak jumpa Ira tu. Last aku jumpa masa aku sekolah rendah tak silap aku. Skang aku 26 tahun, dia muda setahun dari aku. Bangun makeup pagi tadi terkejut tengok biji mata aku yang besar dah jadi amoi. haha, bengkak gila. Pakai eyeliner tadi pon dua kali aku sapu sebab tak menjadi. senget benget sebab mata bengkak. hahaha. ni tak jumpa laki aku lagi ni. Aku keluar tadi dia tido lagi. Petang ni harap harap dia tak perasan la mata bengkak aku ni. Takut dia kata over nau aku menangis sebab tak nak di kiss semalam. kahkah. malu plak rasa,

Tapi sorry sikit ae aku nangis sebab tu. Tak kuasa sebenarnya nak merajuk teruk teruk sangat. Sebab benda kecik sangat kan. Nak kata aku nak perhatian, pujukan sang suami tu takde lah rasa gedik sangat. Dia macam datang satu perasaan diri aku ni macam useless, kesal, dengan hidup. benda benda yang aku rasa sebelum kawin tu datang dalam benak fikiran ni. Sebab masa sebelum kawin aku kerap sangat nangis. terlalu fikirkan benda yang aku takde n tak dapat. fikirkan nasib keluarga, fikir umi abah.. macam macam lah aku fikir. jauh benar lah aku fikir sampai aku ni mudah sangat keluar air mata..haa, sangat la tak bagus sebenarnya macam tu, nanti aku jadi stress.

Tapi harini harap harap okey la. jangan nak sebak lagi.. tapi aku ni takleh betol kalo orang tegur aku tanya " nangis ke?' alahaii.. dengar je macam tu ni mata terus berkaca  nak berjurai air mata ni. sensetif betol! jam kol 2 petang dah skang ni. lepas balik jumpa kawan aku tadi terus cari lunch n balik makan kat umah je. mata ni rasa berat semacam je sebab tak cukup tido semalam. Tido kejap la sebelum laki aku balik keje.


Aaahhh, susah kan jadi seorang bernama perempuan, sangat complicated. Diri sendiri pon tak paham aku ni nak ape sebenarnya, inikan pulak orang lain. aishh.. redha la hai manusia bernama lelaki. haha. Bye~

Dunia kanak kanak yang dirindukan

Masa kau kecik kau tak sabar nak jadi besar, nak tengok muka sendiri ni macam mana la agaknya bila aku dah besar. Muka hitam yang ni nanti...