Friday, 22 March 2013

Rindu Masakan Mak

Assalamualaikum..

Tadi aku chat ngan kakak aku, pastu dia cakap hari ni umi aku masak menu yang sedap-sedap.. Gulai Ketam dengan gulai serati..fuhhh!! kalau makanan macam tu confirm-confirm ada budu ngan ulam-ulaman.. arghhhh..air liur meleleh tak dapat ketagih pak itam meleteh..*eh.tiba-tiba nyanyi pulak.
bila aku  dengar semua masakan sodap-sodap nie rupe ni la jadinya.. tsk.tsk.tsk

 Setiap hari jumaat umi aku mesti masak sedap-sedap, sebab hari jumaat cuti sekolah. kiranya semua ada kat rumah  masa tu. Berkumpul, makan sama-sama, makan bersila ramai-ramai atas tikar. Kiranya meja makan kat umah aku tu tak berfungsi pun. Sebab family aku jarang skali makan kat meja makan. Mungkin dah terbiasa makan bersila kat bawah. Macam tak syokk pulak makan kat meja nie. kalau makan bersila nie ke-selera-an dia tu makin bertambah sikit aku rasa. Lepas makan nak kentut kuat-kuat pon senang. ahaha. *Bukan aku ok. Kena pulak makan nasi ulam. Memang periuk nasi kat sebelah aku la gamaknya. haaa.. nampak tak adat makan orang kampung kitorang masih mengamalkan disitu.?? (ayat keling) :p

Kalau lu olang mau tau ah, mak wa ah, memang telel woo itu masak-masak..itu semua jenis masakan ah mak wa boleh buat.. *eh, terpuji mak sndri pulak. Memang! umi aku memang hebat bab-bab mencuba resepi nie.. kalau dia rasa nak makan benda tu dia akan buat. Tak tengok resepi pon takpe. rasa je dah boleh tau apa bahan-bahan yang ada dalam makanan tu.. haa..dah macam chef dah mak aku nie. 

kiranya tak mustahil la kalau abah aku duk puji yang aku nie pandai jugak masak..skill memasak tu datangnya dari umi aku. bak kata pepatah melayu "kemana tumpahnya kuah kalau tak ke lantai. eh salah, ke nasi kukus kat depan poli yang sedap tu. (apa aku merepek nie? )
 eh aku pandai ke masak? boleh la setakat buat mee goreng tu..main campak jew apa yang ada dalam peti. Asal sedap anak tekak aku, sedap lah bagi orang lain..

sebab tu lah abah aku semangat betol suruh aku sambung belajar amik kos Hotel & Katering nie walaupun hakikatnya aku sendiri macam nak tak nak jew buat Dip kos ni. Tapi nak tak nak pon, aku dah nak habis belajar dah kat Melaka nie lagi sbulan jew pon. ngee

Dah lah. aku tulis entry nie pon sebab aku skang tengah lapar tahap orang Somalia dah nie. Saje mengbusykan diri main laptop biar sampai tertidur. Kiranya tak payah fikir pasal makan. Makan esok jela mak cik oii..

ok.bye (*_*)




2 comments:

  1. Fuhh ! yang paling budu. perghh syiok !

    ReplyDelete
  2. eh. izzah makan budu jugk ae? mmg syiokk mkn nsi budu rmai2.. ehe :)

    ReplyDelete

Dunia kanak kanak yang dirindukan

Masa kau kecik kau tak sabar nak jadi besar, nak tengok muka sendiri ni macam mana la agaknya bila aku dah besar. Muka hitam yang ni nanti...