Tuesday, 30 September 2014

Hey Kawan!

 Assalamualaikum..


Kawan datang dan pergi. Itu biasa. 
Jangan terkejut jika ada kawan yang tak hargai erti persahabatan.
Mencari bila perlu pertolongan.. Menangis bersama bila kesedihan.. boleh jadi membenci kita jika ada yg kurang.

Maaf jika aku tergolong sama seperti itu. Kadang kala itu semua terjadi tanpa disedari. Kau juga hanya memerhati kemudian membenci. Itu salah.

Mungkin kau kata
 ' seorang sahabat hanya berkata kebenaran di depanmu, bukan dibelakangmu'

Mungkin kau kata
Aku tak tahu cara berterima kasih, tidak mengenang apa yg aku peroleh.

Mungkin kau kata
Buruknya aku, sanggupnya aku.

Hey kawan!Ingatkan aku, bahwa aku pun hanya insan biasa, namun dengan ikhlasnya engkau menolongku. Tiada yang lebih baik lagi, kuyakin engkau adalah manusia yang paling baik dalam hidupku.


Sunday, 28 September 2014

Gila Korea!

Assalamualaikum..

Anyong-ha-seyo Chingu.. jigeum mweo haeyo? (hai kawan, buat apa tu?) nah.. aku kasi ayat korea sikit harini.  Sebab skang ni aku memang semangat waja sangat nak belajar cakap korea. Sampai hampir tiap-tiap hari jugak lah aku buka u-tube cari video2 orang ajar bahasa korea..kahkah.

 jiwa kepop ni dah lama sebenrnya bertapak dalam jiwa aku. sejak zaman skolah menengah lagi.. tu pon sebab kakak aku yang hasut. Mula2 tengok drama full house pastu dengar lagu Super Junior, TVXQ semua tu.. last2 jadi addicted plak semua pasal korea. Sebab muka sekor2 memang buat aku xpuas tengok..putih, tinggi, sore best. walaupon ku tahu engko makan daging natang berbadan pink and berak tak cebok. dahku tetap tergila-gila .. ahak~ Parah!

Tapi skang dah berpaling tadah kat dorang semua tu.. makin lama makin tak sedap lagu dorang.. skang ni aku duk gila tengok life n dengar lagu dari group EXO ngan GOT7 plak.

 dalam ramai2 group EXO ni bias aku 2 orang je..  EXO-K Sehun. EXO-M Luhan.. :)





GOT7 ni plak group dari  JYP Eentertainment yg baru je debut January 2014. Group baru nak up.. members pon muda2 lagi..  17 - 22 tahun je dorang ni.




 
Dua ketui ni plak bias aku. dorang bukan orang korea pon.. Mark (Amerika) & Jackson (Hong Kong).. hensem dak dua ketul ni? aha. minat sampai terbawa dalam mimpi tau dak. Gila!


tapi aku ni xde lah teruk sangat pon Kpopers-nya.. sekadar suka tengok & dengar lagu2 dorang je.. tahap fanatik gila tu x lagi kot. Dah tua.. malu plak kat budak2 nanti. huhu.

Tapi, aku memang ada simpan impian one fine day nak sangat melancong kat korea.. kalo dah keje nanti, pastu kumpul duit pergi backpacker pon jadi lah. Dari segi fizikal & mental aku dah lama ready ni.. kalau gi korea sorang2 pon xkan sesat punye lah..semua aku tahu..uhu. Cakap korea tu memang banyak dah aku duk hafal n belajar ayat2 basic jadi pelancong..tinggal fulus je skang ni..

 Sebab aku tengok takde la mahal sangat pon nak g korea, ada 2K pon dah cukup kalo stakat nak stay 5 6 hari tu. Banyak jugak la aku tengok entry2 dr blogger yg shared bajet ciput kalo nak gi korea tu. lagi lah berkobar- kobar aku jadinya. sabar2.. ada rezeki aku akan sampai jugak. Amin... :)




 


yeaa.. cheo nun hangu kea kagashipoyo!
(Aku nak pergi korea!)
 Anyong!

Friday, 26 September 2014

Taliponku Rosak!

Assalamualaikum..

Harini baru aku dapat hidayah nak buka blog. Niat nak menulis selalu je terlintas tapi jari yang malas nak menaip. Sorry kakbelog kerana sudah berhabuk ditinggalkan.

sejak 2 3 4 belas menjak ni mood aku memang macam kucar kacir sikit, sedih macam mati laki pon ada kadang2. aha. Sebab apa? sebab hendpon aku rosakkk.. hekeleh... talipon je kot, nak sedih2 macam mati laki apa kes? over nau nau ko ni!

yer ah. memang patut aku bersedih dan meratapi pemergian benda berharga aku. Bukan senang abah kau je tau nak dapat beli sebiji hendpon. Kalo harga nampuluhempatringgit je, rosak harini aku bleh terus beli lain esok. Ni beribu riban kena ada baru dapat sebijik. Sadis!

Yang aku sakit hatinya baru je pakai setahun phone aku tu.. warranty baru je lepas beberapa bulan dah rosak.! hampir 4 5 bulan jugak aku kumpul duit gaji masa keje dulu nak beli fon Note II tu. Makan nasi ngan telur, makan maggi je tau gigih kumpul duit.
 Aku beli fon tu ngan member aku..  dia kata fon tu ori.. rupanya EP. Choiii. kau tipu aku bhai!
 aku pon masa tu memang tengah cari smartfon yg macam canggih sikit. Sebab, sebelum tu aku baru je kehilangan Tablet aku.. baru pakai 2 bulan jugak tu. Pastu kena curi kat masjid kota bharu haritu. Lahanat betol manusia ni.. dalam masjid pon jadi! Aku tak Halal.

Aku xtau apa hal ngan talipon tu tiba2 screen dia rosak. Tiba2 je jadi gelap xnampak apa pon kat screen. Kalo on okey je. Pastu dengan perasaan berdebar-debar aku cari tempat repair phone. aku berdebar sangat sebab aku tau hendpon samsung kalau dah rosak skrin bukan seratus dua dia charge. Setahu aku memang mahal sampai cecah 700 ratus pon ada.
 Pastu aku  jumpa tempat repair kat KB Mall. Tanya apek kat situ pasal apa hendpon aku rosak tiba tiba walhal aku tatang bagai minyak yang penuh talipon aku ni. Tak pernah jatuh pon.. jaga memang baik punye lah!

Sekali dia cakap talipon kalau selalu cas takleh jugak. Skrin akan rosak jugak..
Ayoyo!! apa kes selalu charge pon rosak? Memang. Aku memang suka cas talipon pon.. xleh tengok percent bateri kurang 50% aku akan cas. Pastu tido.. overcharged la jadinya..Aku tanya berapa kalo repair skrin? "500 lebih! kalau nak 45 minit je boleh siap". bapak kau mahal! aku takde duit. 
okey blah. *mata berkaca*

Mulai saat ini tiada lagi smartfon.Tak tau tahun bila plak dapat beli fon baru.. Memang skang banyak je talipon murah..3 4 ratus dah belambak jual yg brand Lenovo tu.. Tapi aku taknak, sebab bagi aku kalau boleh nak yang elok terus.. bagi aku kalo fon aku lagi suka kualiti kamera dia yang bagus. macam samsung ngan Apple memang tak dapat dinafikan la memang cantik.. Gila selfie kan. haruslah pilih semua tu. ehe. 

So skang, aku pakai balik fon Nokia aku yang dulu.. aishh.. fon  nokia ni jugak yang tahan bertahun tahun.. dah diselam air kolam pon rilex je hidup senang lenang. Pastu aku pon takde lah hidup 24 jam duk pegang talipon online je manjang. Kadang2 tu jadi macam pelik jugak la sebab budak2 skang pergi mana-mana pon duk tenung je talipon masing2 sampai nak keluar anak mata aku tengok. Bukan budak-budak je aku cakap. Abah aku pon tak terkecuali. Memang akan jadi anti-sosial semua bila ada smartfon. Rilex la aku kejap dari benda tu semua.. Lepas ni jadi camtu balik. ihi..
 Dunia teknologi kata kau..!!







Dunia kanak kanak yang dirindukan

Masa kau kecik kau tak sabar nak jadi besar, nak tengok muka sendiri ni macam mana la agaknya bila aku dah besar. Muka hitam yang ni nanti...