Friday, 26 September 2014

Taliponku Rosak!

Assalamualaikum..

Harini baru aku dapat hidayah nak buka blog. Niat nak menulis selalu je terlintas tapi jari yang malas nak menaip. Sorry kakbelog kerana sudah berhabuk ditinggalkan.

sejak 2 3 4 belas menjak ni mood aku memang macam kucar kacir sikit, sedih macam mati laki pon ada kadang2. aha. Sebab apa? sebab hendpon aku rosakkk.. hekeleh... talipon je kot, nak sedih2 macam mati laki apa kes? over nau nau ko ni!

yer ah. memang patut aku bersedih dan meratapi pemergian benda berharga aku. Bukan senang abah kau je tau nak dapat beli sebiji hendpon. Kalo harga nampuluhempatringgit je, rosak harini aku bleh terus beli lain esok. Ni beribu riban kena ada baru dapat sebijik. Sadis!

Yang aku sakit hatinya baru je pakai setahun phone aku tu.. warranty baru je lepas beberapa bulan dah rosak.! hampir 4 5 bulan jugak aku kumpul duit gaji masa keje dulu nak beli fon Note II tu. Makan nasi ngan telur, makan maggi je tau gigih kumpul duit.
 Aku beli fon tu ngan member aku..  dia kata fon tu ori.. rupanya EP. Choiii. kau tipu aku bhai!
 aku pon masa tu memang tengah cari smartfon yg macam canggih sikit. Sebab, sebelum tu aku baru je kehilangan Tablet aku.. baru pakai 2 bulan jugak tu. Pastu kena curi kat masjid kota bharu haritu. Lahanat betol manusia ni.. dalam masjid pon jadi! Aku tak Halal.

Aku xtau apa hal ngan talipon tu tiba2 screen dia rosak. Tiba2 je jadi gelap xnampak apa pon kat screen. Kalo on okey je. Pastu dengan perasaan berdebar-debar aku cari tempat repair phone. aku berdebar sangat sebab aku tau hendpon samsung kalau dah rosak skrin bukan seratus dua dia charge. Setahu aku memang mahal sampai cecah 700 ratus pon ada.
 Pastu aku  jumpa tempat repair kat KB Mall. Tanya apek kat situ pasal apa hendpon aku rosak tiba tiba walhal aku tatang bagai minyak yang penuh talipon aku ni. Tak pernah jatuh pon.. jaga memang baik punye lah!

Sekali dia cakap talipon kalau selalu cas takleh jugak. Skrin akan rosak jugak..
Ayoyo!! apa kes selalu charge pon rosak? Memang. Aku memang suka cas talipon pon.. xleh tengok percent bateri kurang 50% aku akan cas. Pastu tido.. overcharged la jadinya..Aku tanya berapa kalo repair skrin? "500 lebih! kalau nak 45 minit je boleh siap". bapak kau mahal! aku takde duit. 
okey blah. *mata berkaca*

Mulai saat ini tiada lagi smartfon.Tak tau tahun bila plak dapat beli fon baru.. Memang skang banyak je talipon murah..3 4 ratus dah belambak jual yg brand Lenovo tu.. Tapi aku taknak, sebab bagi aku kalau boleh nak yang elok terus.. bagi aku kalo fon aku lagi suka kualiti kamera dia yang bagus. macam samsung ngan Apple memang tak dapat dinafikan la memang cantik.. Gila selfie kan. haruslah pilih semua tu. ehe. 

So skang, aku pakai balik fon Nokia aku yang dulu.. aishh.. fon  nokia ni jugak yang tahan bertahun tahun.. dah diselam air kolam pon rilex je hidup senang lenang. Pastu aku pon takde lah hidup 24 jam duk pegang talipon online je manjang. Kadang2 tu jadi macam pelik jugak la sebab budak2 skang pergi mana-mana pon duk tenung je talipon masing2 sampai nak keluar anak mata aku tengok. Bukan budak-budak je aku cakap. Abah aku pon tak terkecuali. Memang akan jadi anti-sosial semua bila ada smartfon. Rilex la aku kejap dari benda tu semua.. Lepas ni jadi camtu balik. ihi..
 Dunia teknologi kata kau..!!







No comments:

Post a Comment

Dunia kanak kanak yang dirindukan

Masa kau kecik kau tak sabar nak jadi besar, nak tengok muka sendiri ni macam mana la agaknya bila aku dah besar. Muka hitam yang ni nanti...