Sunday, 2 September 2018

Dunia kanak kanak yang dirindukan



Masa kau kecik kau tak sabar nak jadi besar, nak tengok muka sendiri ni macam mana la agaknya bila aku dah besar. Muka hitam yang ni nanti besar akan jadi putih tak?  boleh melawa, boleh pergi mane mane sorang sorang..boleh bawak kete, boleh ada pakwe. Akan kawin ngan sape nanti? macam macam benda nak buat bila dah besar. ish.. pikiran budak kan.

Tapi, bila kau dah besar kau akan rasa macam ala.. cepatnya masa berlalu, tak puas lagi nak bermain sorok sorok, nak hidup hanya fikir bermain, berseronok, makan & tido je. Seronok jadi budak budak. Tak payah fikir masalah. Tak payah fikir nak cari duit, n benda paling susah bila kau dah besar bila kau tak boleh dah fikir pasal diri sendiri. banyak kau kena utaman hati dan perasaan orang lain melebihi diri sendiri. Lebih lebih lagi bila kau dah ada pasangan hidup.

Zaman kanak kanak aku tak sehebat mana, tapi aku sangat merindui seorang kawan baik aku ni. aku panggil dia Ira.. masa aku 5 6 tahun lagi aku berkawan ngan dia. rumah aku sebelah je umah Ira. Almost everyday, everytime aku akan pergi umah dia. Balik tadika pergi umah dia, makan pon kadang kadang umah dia. Dia anak tunggal, so aku jela dia selalu berkawan. Tak tau lah aku buat ape hari hari umah dia. Kadang kadang nak recall satu satu aktiviti ape masa kecik kecik hari hari lepak umah dia tu xingat dah. Zaman tu TV je penghibur hati kitaorang. Dari pagi sampai malam aku akan pergi umah dia. Ahh.. rindu sangat..

Part paling sedih bila dia kena berpindah ikut ayah dia stay Rantau Panjang. seingat aku masa tu sekolah rendah kot. Sedih lahai masa tu sebab dah takde kawan serapat dia aku nak berkawan. Lepas dia berpindah tu sempat la sekali aku pergi Rantau Panjang jumpa dia melepaskan rindu. Tu pon ma abah dia yang datang ambik. Tak puas bermain kejap je tido umah dia. Lepas tu kitaorang macam dah tak contact sebab zaman tu telefon semua susah nak ada. Mak aku sendiri pon takde talifon mase tu.


Lost contact hampir berbelas tahun jugak. Baru 2 3 tahun lepas aku jumpa Facebook dia n kitaorang connect balik. Tapi harini, panjang umur kitaorang dapat berjumpa balik selepas hampir 15 tahun kot tak jumpa.. lama sangat tu weh.. bila dapat tau dia kat KB semalam terus aku ajak jumpa.. Kejap je masa berlalu dia lagi tinggi dari aku. Happy sangat tadi dapat jumpa dia n mama dia. Tapi sayangnya kejap sangat aku dapat borak.. dalam 2 jam macam tu je aku jumpa dia tadi.. pastu dia nak balik Raub dah petang ni. Tapi dah lepas rindu rasa happy sangat dah. InsyaAllah lepas ni kalo ada rezeki boleh jumpa lagi tau Ira..



Nah! masing masing dah besar. aku dah tau jodoh aku sape Ira.. lepas ni turn kau pulak. aha



sempat berposing manja beberapa minit je. Lepas tu dia dah nak balik Raub. Jumpa lagi Ira.. 


Alahai.. tak sanggup nak tengok muka sendiri zaman kecik. haha. hitam, rambut kerinting. sekali tengok macam anak orang asli. kahkah. Nasib baik la dah besar ni okey la sikit. Rambut pon dah lurus. huhu. Masa ni mase aku 7 tahun kot..





Saturday, 1 September 2018

Dah nangis kenape?



semalam tak tau lah kenape datang mood nak nangis gila gila macam orang sakit sakit kena dera, haha. laki aku ingat aku merajuk n nangis sebab dia. sebab semalam saja je aku gurau2 nak kiss dia, tapi dia mcm tak nak. aku pon buat buat merajuk tolok badan dia xnak layan dia. pastu aku buat buat tido pandang dinding.

tapi tiba tiba aku plak yang datang angin kus kus rasa sebak n sedih semacam. plus aku tengah period skang ni. memang perangai hantu mane la akan datang. nangis tak memasal.

laki aku cuba pujuk, tapi aku tutup muka ngn bantal, buat keras kejung badan ni tak nak berpaling pon kat dia. dia plak berkali kali duk mintak maaf kat cuping telinga aku. aha. bersalah plak rasa buat dia rasa serba salah macam tu, Lepas dari tu, macam macam plak aku duk fikir dalam kepala otak ni. Ntah la nak kata fikir merajuk sebab tadi macam small matter sangat nangis beria kan.

Aku pon keluar bilik saja nak lari kejap, takut terganggu plak laki aku nak tido bunyi soksek soksek hingus ni. Dari pukul 12 sampai hampir kol 3 pagi jgk la air mata ni kejap kejap nak keluar.. smpai xleh nak bernafas sebab lobang hidung ni dua2 tersumbat. haha.. sampai pening kepala aku semalam nangis kuat sangat. Rasa haus la plak, masuk dapur bancuh air milo beng satu mug. Lepas minum lega la sikit rasanya. even tengah sedut air tadi pon aku menangis. Menangis sebab ape pon tak tau la. nak cakap pon tak reti.

Harini plak aku bangun pagi sikit sebab janji nak jumpa kawan lama dari kecik datang kota bharu dari Raub. memang lama gila lah tak jumpa Ira tu. Last aku jumpa masa aku sekolah rendah tak silap aku. Skang aku 26 tahun, dia muda setahun dari aku. Bangun makeup pagi tadi terkejut tengok biji mata aku yang besar dah jadi amoi. haha, bengkak gila. Pakai eyeliner tadi pon dua kali aku sapu sebab tak menjadi. senget benget sebab mata bengkak. hahaha. ni tak jumpa laki aku lagi ni. Aku keluar tadi dia tido lagi. Petang ni harap harap dia tak perasan la mata bengkak aku ni. Takut dia kata over nau aku menangis sebab tak nak di kiss semalam. kahkah. malu plak rasa,

Tapi sorry sikit ae aku nangis sebab tu. Tak kuasa sebenarnya nak merajuk teruk teruk sangat. Sebab benda kecik sangat kan. Nak kata aku nak perhatian, pujukan sang suami tu takde lah rasa gedik sangat. Dia macam datang satu perasaan diri aku ni macam useless, kesal, dengan hidup. benda benda yang aku rasa sebelum kawin tu datang dalam benak fikiran ni. Sebab masa sebelum kawin aku kerap sangat nangis. terlalu fikirkan benda yang aku takde n tak dapat. fikirkan nasib keluarga, fikir umi abah.. macam macam lah aku fikir. jauh benar lah aku fikir sampai aku ni mudah sangat keluar air mata..haa, sangat la tak bagus sebenarnya macam tu, nanti aku jadi stress.

Tapi harini harap harap okey la. jangan nak sebak lagi.. tapi aku ni takleh betol kalo orang tegur aku tanya " nangis ke?' alahaii.. dengar je macam tu ni mata terus berkaca  nak berjurai air mata ni. sensetif betol! jam kol 2 petang dah skang ni. lepas balik jumpa kawan aku tadi terus cari lunch n balik makan kat umah je. mata ni rasa berat semacam je sebab tak cukup tido semalam. Tido kejap la sebelum laki aku balik keje.


Aaahhh, susah kan jadi seorang bernama perempuan, sangat complicated. Diri sendiri pon tak paham aku ni nak ape sebenarnya, inikan pulak orang lain. aishh.. redha la hai manusia bernama lelaki. haha. Bye~

Friday, 17 August 2018

Aku dah kawin!


Assalamualaikum..

pejam celik pejam celik sebenarnya dah 2 bulan aku kawin. Ya ALLAH, perasaan tak percaya dah jadi bini orang tu masih ada sampai hari ni tau. Tolong lempang sorang aku ni dah kenape jadi macam ni? sila sedor sikit ko tu dah ada laki. haha..

Aku kawin raya ke 4 haritu 18 June 2018. banyak banyak hari kenape la ko nak kawin time raya kan? mood raya tahun ni memang kelaut habis la jadinya. aha. Kalo ikutkan aku memang tak nak buat majlis musim camtu. Tapi nak buat camne kalo ko ni hidup sekor je dalam dunia ni takpe la nak nikah tak pedulikan orang lain pon. Family belah suami aku decided raya ke 4 sebab time tu je adik beradik suami aku boleh berkumpul ramai ramai. And dorang semua mostly stay and kerja kat KL, So kena ikut jela. 

Alhamdulillah.. majlis baik baik je semua. walapon tak berjalan seperti yang aku nak. Dugaan majlis aku ni lain macam betol aku rasa. Macam macam hal berlaku masa sehari sebelom majlis. ish, bila terkenangkan balik memag sedih sangat. Tapi malas lah aku nak cite ape yang jadi. Jadikan sebagai kenangan jela. yang penting semua beres. Dah selamat jadi bini orang dah pon.

Lepas majlis aku, esoknya tu terus buat majlis bertandang, senang semua settle dalam sminggu raya tu je. Lepas tu baru aku ada mood sikit nak raya.

selama dua bulan kawin ni, aku bersyukur banyak benda jugak la, tak macam dulu masa hidup single rasa macam aku ni hari hari rasa stress, sedih, tak bersyukur dengan kehidupan aku. Tapi bila dah kawin ni perasaan tenang dan bersyukur tu makin banyak dari perasaan kecewa dengan hidup. Mungkin ni salah satu himahnya la kot. Sebab selepas aku buat keputusan nak kawin dengan dia memang aku rasa macam macam. Rasa takut, rasa menyesal buat keputusan ni. 

Tapi dalam pada tempoh majlis aku tu, boleh katakan kerap jugak aku menangis and rayu rayu berdoa kat Tuhan supaya keputusan yang aku buat ni tak salah, dan biar Tuhan  bagi perasaan kasih dan sayang tu yang tak pernah aku rasa kepada suami sendiri, Biar rumah tangga aku ni penuh dengan rasa happy happy je. Semua aku berserah kat Allah kehidupan aku skang ni, Alhamdulillah setakat ni aku happy je. Ada gaduh gaduh ikit tu normal la kot dalam rumah tangga. 


Bukan senang sebenarnya nak hidup dengan seseorang yang kau tak pernah ada rasa perasaan sayang atau cinta ni. Zaman nak dekat 2020 ni jarang sangat dah anak muda macam aku ni nak terima cinta selepas nikah kan.? cuba tanya budak budak ni, umo darjah nam pon dah ade boipren, aku ni umo 26 tahun takde boipren lagi, tup tup kawin dengan kawan yang ko kenal kenal camtu je. hakhak. hebat betol percaturan Allah ni kan. Tergelak sorang sorang aku bila  terfikirkan balik. 
Aku redha dan terima dengan hati terbuka ape Allah nak tentukan untuk masa depan aku nanti. 
Doakan yang baik baik okey untuk aku. 


Aku pon selalu doakan kawan kawan aku, and especially kakak aku and abang aku yang tak sampai jdoh lagi tu kawin cepat cepat. Aku dah la langkah bendol abang dan kakak aku ni..  Rasa nak ada abang ipar and kakak ipar tu membuak buak jugak lah sakng ni, sebab nak tengok family aku yang lagi meriah. InsyAllah sooner or later it will happen. just wait for that moment la. 

Image may contain: Nurfadhilah Ghaz, closeup


Image may contain: one or more people and wedding

Tuesday, 22 May 2018

Ramadhan Terakhir Aku Membujang

Assalamualaikum..

fuhlamak.. tengok tajuk entry dah macam drama tibi 3 dah. ahaks..okey sebelum tu Salam Ramadhan aku nak ucapkan pade sape2 lah yang terbukak post ni. 
 Harini baru 5 hari kita berpuasa.. jauh lagi nak Raya tau.. tapi tadi umi aku cakap kat masjid dah kurang jemaah dah. haihh.. ingat 10 malam terakhir je selalu kurang orang g terawih. ni tak sampai seminggu dah nampak kemalasan ya. tsk tsk.. #sibukmakancolekke?

cukup lah dengan intro. meh kita berbalik kepada tajuk di atas tu.
 Ape kes ni?
Aku nak kawin dah?
Dah jumpa lelaki idaman ke?
dah bosan membujang dah ke aku??

haha. bosan tu takde lah. tapi mungkin dah sampai masanya kot aku tamatkan riwayat hidup single aku kan. Dah 26 tahun kot, rasa macam dah sesuai sangat dah angka tu aku kawin. Dah target tahun lepas tak menjadi.. tup tup jodoh datang tahun ni. Redha jela..ni semua Tuhan dah tentukan,ye dak? walaupon kadang2 rasa tak ready lagi nak pikul tanggungjawab title sebagai 'Isteri'. berat tau.

sumpah! rasa macam tak percaya aku dah nak kawin.. tak sampai sebulan pon lagi ni majlis aku. tapi aku ni macam selamba badak je aku rasa. tak rase pape.. mungkin malam nak nikah tu kot baru datang macam macam perasaan. jangan buat sakit perut masa nak akad nikah sudah lah. aku ni jenis sensetipp sikit bab bab perut ni. haha.

sape bakal suami aku?
macam mane aku kenal dia?

adeh.. rasa malas plak nak menaip panjang panjang harini.. nanti la kalau  aku rajin tahap dewa buka blog aku buat entry lagi.

oh ya. buat rakan rakan ku yang belum bertemu jodoh tu aku doakan Tuhan temukan dengan lelaki lelaki yang baik baik untuk korang. Pilih lah lelaki yang nak kat kau, jangan pilih yang kau sorang je yang gilakan dia. itu saja pesanan makk utk korang.  selamat bersahur.

ok Adios..

Friday, 9 February 2018

kenape Allah bagi sesuatu yang kita tak suka?

Assalamualaikum..


Akan pernah ada satu masa kita akan salahkan Tuhan kenape Allah uji kita macam ni? kenape kita tak pernah dapat ape yang kita inginkan selama ni?  

kau jumpa dengan pasangan idaman kau, kau sayang dia, cintai dia. Kemudian, tiba tiba Allah pisahkan kau dengan dia. kau rasa kenape? 
mungkin disebabkan orang itu kau lupa Allah, kau sudah jauh dengan Allah.. banyak buat dosa, buat maksiat,sudah hanyut dengan orang yang kau cintai. kau tak sedar sebenarnya sesuatu yang kau sukakan tu sangat memudaratkan untuk hidup kau nanti.

kemudian Allah temukan dengan orang yang kau tak pernah sangka akan jadikan kau orang yang paling bahagia suatu hari nanti, sedangkan kau tidak sukakannya. Dia bukan dalam impian hidup kau, Bukan dia yang kau idamkan selama ni. Tapi  ingatlah, Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kau. siapa yang layak untuk bahagiakan hidup kau. semua ni adalah RAHSIA Allah. Cuba jadi seseorang yang Redha dengan ketentuan Allah. Percaturan Allah sebenarnya sangat indah. cuma kita belum nampak apa yang bakal berlaku. 


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 216).




Saturday, 6 January 2018

Selamat Tahun Baru 2018



Assalamualaikum.. 

Ya awlohh kejap sangat masa skang.. tup tup dah masuk tahun lain. Sedihnye rasa sebab tahun lepas takde buat ape ape perubahan pon dalam hidup aku. perubahan dari segi cara hidup atau perubahan kulit muka yang breakout ni jadi cantik. sob sob..  

Tapi takpelah, benda yang lepas usah dikenang. Mari kita pandang ke masa hadapan je.
Mungkin tahun ni banyak perubahan dalam hidup aku yang akan berlaku. Tunggu dan lihat je..
sebab aku memang tengah merancang sesuatu perubahan besar dalam kehidupan aku. Dan aku tak ragu ragu pon buat keputusan ni. InsyaAllah.. aku sentiasa berdoa supaya ALLAH permudahkan segalanya.

Dan aku berharap sangat keputusan ni adalah keputusan yang betol, seminggu jugak aku fikirkan benda ni.. menangis sebab sedih, takut and macam macam rasa dalam diri aku ni. Tak tau nak describe macam mana and tak tau nak luahkan kat sape  macam mane perasaan aku mase tu. 

Tapi  dengan maha pencipta saja lah aku boleh mintak petunjuk bila aku buntu dengan keputusan aku ni. Alhamdulillah, hati aku berasa tenang and terima seadanya apa yang bakal berlaku.

Benda apa tu? nanti lah kalau di izinkan Allah dan aku masih panjang umur next entry nanti aku akan cite apa yang berlaku. ehe. (macam ada yang baca kan) :D

harapan aku semoga Tahun 2018 membawa 1001 kebahagian buat hidup aku & menjadi seorang yang bersyukur dengan setiap nikmat yang diberikan. Aku doakan kau yang baca ni pon sama tau.


Ni pesanan aku untuk diri sendiri dan korang yang slalu rasa down & give up.
Kalau harini kau rasa hidup kau susah sangat and banyak masalah. kau kena ingat suatu hari nanti benda yang kau impikan akan tercapai. Kadang kadang dalam bentuk yang kau  tidak di sangka sangka pon. Sebab ALLAH dah janji dia akan bagi apa yang kau mintak tu pada tepat masanya yang sesuai. SABAR sikit je tau

ADIOS.. :)






Dunia kanak kanak yang dirindukan

Masa kau kecik kau tak sabar nak jadi besar, nak tengok muka sendiri ni macam mana la agaknya bila aku dah besar. Muka hitam yang ni nanti...