Friday, 17 August 2018

Aku dah kawin!


Assalamualaikum..

pejam celik pejam celik sebenarnya dah 2 bulan aku kawin. Ya ALLAH, perasaan tak percaya dah jadi bini orang tu masih ada sampai hari ni tau. Tolong lempang sorang aku ni dah kenape jadi macam ni? sila sedor sikit ko tu dah ada laki. haha..

Aku kawin raya ke 4 haritu 18 June 2018. banyak banyak hari kenape la ko nak kawin time raya kan? mood raya tahun ni memang kelaut habis la jadinya. aha. Kalo ikutkan aku memang tak nak buat majlis musim camtu. Tapi nak buat camne kalo ko ni hidup sekor je dalam dunia ni takpe la nak nikah tak pedulikan orang lain pon. Family belah suami aku decided raya ke 4 sebab time tu je adik beradik suami aku boleh berkumpul ramai ramai. And dorang semua mostly stay and kerja kat KL, So kena ikut jela. 

Alhamdulillah.. majlis baik baik je semua. walapon tak berjalan seperti yang aku nak. Dugaan majlis aku ni lain macam betol aku rasa. Macam macam hal berlaku masa sehari sebelom majlis. ish, bila terkenangkan balik memag sedih sangat. Tapi malas lah aku nak cite ape yang jadi. Jadikan sebagai kenangan jela. yang penting semua beres. Dah selamat jadi bini orang dah pon.

Lepas majlis aku, esoknya tu terus buat majlis bertandang, senang semua settle dalam sminggu raya tu je. Lepas tu baru aku ada mood sikit nak raya.

selama dua bulan kawin ni, aku bersyukur banyak benda jugak la, tak macam dulu masa hidup single rasa macam aku ni hari hari rasa stress, sedih, tak bersyukur dengan kehidupan aku. Tapi bila dah kawin ni perasaan tenang dan bersyukur tu makin banyak dari perasaan kecewa dengan hidup. Mungkin ni salah satu himahnya la kot. Sebab selepas aku buat keputusan nak kawin dengan dia memang aku rasa macam macam. Rasa takut, rasa menyesal buat keputusan ni. 

Tapi dalam pada tempoh majlis aku tu, boleh katakan kerap jugak aku menangis and rayu rayu berdoa kat Tuhan supaya keputusan yang aku buat ni tak salah, dan biar Tuhan  bagi perasaan kasih dan sayang tu yang tak pernah aku rasa kepada suami sendiri, Biar rumah tangga aku ni penuh dengan rasa happy happy je. Semua aku berserah kat Allah kehidupan aku skang ni, Alhamdulillah setakat ni aku happy je. Ada gaduh gaduh ikit tu normal la kot dalam rumah tangga. 


Bukan senang sebenarnya nak hidup dengan seseorang yang kau tak pernah ada rasa perasaan sayang atau cinta ni. Zaman nak dekat 2020 ni jarang sangat dah anak muda macam aku ni nak terima cinta selepas nikah kan.? cuba tanya budak budak ni, umo darjah nam pon dah ade boipren, aku ni umo 26 tahun takde boipren lagi, tup tup kawin dengan kawan yang ko kenal kenal camtu je. hakhak. hebat betol percaturan Allah ni kan. Tergelak sorang sorang aku bila  terfikirkan balik. 
Aku redha dan terima dengan hati terbuka ape Allah nak tentukan untuk masa depan aku nanti. 
Doakan yang baik baik okey untuk aku. 


Aku pon selalu doakan kawan kawan aku, and especially kakak aku and abang aku yang tak sampai jdoh lagi tu kawin cepat cepat. Aku dah la langkah bendol abang dan kakak aku ni..  Rasa nak ada abang ipar and kakak ipar tu membuak buak jugak lah sakng ni, sebab nak tengok family aku yang lagi meriah. InsyAllah sooner or later it will happen. just wait for that moment la. 

Image may contain: Nurfadhilah Ghaz, closeup


Image may contain: one or more people and wedding

No comments:

Post a Comment

Dunia kanak kanak yang dirindukan

Masa kau kecik kau tak sabar nak jadi besar, nak tengok muka sendiri ni macam mana la agaknya bila aku dah besar. Muka hitam yang ni nanti...