Assalamualaikum
Masa zaman jahil dulu-dulu tak tau sambut april fool tu haram. Bila tiba 1 April jew memang aku dah plan awal-awal benda alah apa aku nak buat cite pergi sekolah esok nak buat foolkan kawan-kawan kelas aku. Tapi selalu siot bila asyik aku je yang kena dulu sebelum aku kenakan orang.
Disebabkan aku geram takleh foolkan orang. Aku buat jew kat sape-sape yang aku nampak dekat-dekat ngan kelas aku. Walaupun budak tu aku tak pernah cakap pon sebelum nie. Ada satu ketika tu, aku nak pergi tandas. disebabkan tandas tu hujung skali antara kelas kat bangunan aku tu, kiranya aku kena lalu dulu beberapa kelas lain. Masa tu aku form 4 kot seingat aku. Pastu aku ternampak sorang mamat nie baik punye berkeliaran, lepak-lepak depan kaki lima kelas sorang-sorang dia. Mungki takde cikgu dalam kelas dia time tu.
Aku pun teruskan jew niat aku nak pergi tandas. Aku lalu depan dia then aku cakap "weh, seluar tak zip." terus muka dia gelabah biawak betolkan zip seluar. aku ngan selamba badak meneruskan perjalanan ke tandas sambil cakap "April Fool".. ahaha. aku gelak sorang-sorang macam gila. Muka budak lelaki tu yang hitam macam Accapan bertukar kelabu, mungkin blushing atau nak marah kat aku. ah. ada aku kesah? bila aku terserempak ngan dia mesti dia sengeh-sengeh kat aku. hah. kau asal? nak balas dendam? tunggu taon depan. hahaha..
tapi tu masa jahil la, aku tak tau yang april fool takleh sambut. sebab boleh menyebabkan orang lain marah, bila kita buat lawak bodoh kan. Pastu aku ada pernah terbaca satu cite yang budak pompuan nie buat april fool kat mak dia, dia cakap dia pregnant, terlanjur dengan boyfriend dia. Pastu, disebabkan marah sangat, si ibu nie pukul pompuan tu sampai masuk hospital. Walaupun dia bagitau mak dia benda tu tak betol. sekadar lawak bodoh. Tapi pompuan tu tersilap la, pergi buat april fool kat orang tua yang tak tau menatang apakah april fool semua tu. Um, boleh tahan bodoh la. So, korang-korang semua dah tau kan benda tu haram. lepas nie tak payah nak sambut la tarikh 1 April tu okey. kerana benda yang tak boleh buat ni semuanya mesti bersebab kan. Kalau korang nak tau kenapa boleh baca kat artikel ni SINI.
okey. adios.. (^_^)
p/s baru bangun tido, sempat lagi aku update blog tengah-tengah malam nie. esok kelas pagi. harap-harap tersedar la.
samelah masa zaman jahil dulu pakai sambut jer april fool lagi bongok malahan haram. Wakaka !
ReplyDelete