Assalamualaikum
Hampir setahun aku tunggu nak rai hari yang aku rasa agak mengujakan ni.
Tengok yang lain pakai jubah, naik pentas pegang segulung ilmu selama tiga tahun. pun diri ni membuak-buak tak sabar.
Ni kiranya cerita throwback aku pergi konvo hujung bulan 3 aritu. Kat Merlimau lah mana lagi!
Sedih sebab abah aku takleh datang tengok aku naik pentas cipta potret bersama sama. Dah lah masa first aku masuk belajar dia pon takde. Tak dapat kenal jugak tempat aku berhempas pulas belajar tak seberapa di sana.
Pencapaian tidak pernah membanggakan pon. Suam suam kuku je. Tak pernah merasa kembang hidung dengan result hebat. Tapi takpe lah.. yang penting habis belajar.
Menyesal takde orang nak layan jugak. sebab kau memang macam tu.
Tak dapat semua tu paling tidak aku dapat memori indah, dapat kawan, dapat pengalaman.
Sudah cukup untuk aku berfikir untuk kedepan hari pulak.
Nah! simpan lah sedikit potret masa konvo aku. kenangan di hari tua.
No comments:
Post a Comment