Saturday, 1 December 2012

Kutip Buah di Kebun

Assalamualaikum

Hujung2 taon macam nie, selain ada musim hujan yg buat aku syok tido sampai tak ingat dunia, ada jugak musim lain. iaitu musim buah yang buat ak makan sangat syok skali sampai xingat yg aku tengah diet. *ah, lupakan diet time duk umah. ehe. Time balik cuti sem aritu. sampai2 jew, umah aku dipenuhi dengan buah-buah yang memang aku baru mengidam nak makan. tak lain tak bukan, raja buah la.. buah Doyan!! 

Lepas dapat tau mane dapat sume buah2 tu sume, beberapa hari lepas tu. turn aku pulak pergi kutip buah durian, rambutan & langsat kat kebun nenek aku kat hulu sana, kuala krai. Aku apalagi, pagi2 buta  dah bangun semata-mata nak g kutip durian. Bawak kete baik punye berhemah. Pastu, boleh plak ada road-block JPJ kat jalan Machang. Si JPJ kerek tu suruh aku stop kat tepi, Selalunya xpernah2 aku kena tahan kalau ada road-block kat mane2 pon. Balas ngan senyum, angkat tangan, kenyit mata (yg nie tipu) sikit dah lepas.
 Hari tu memang malang betul lah, aku kena kesalahan tak tampal sticker 'P' kat kete. Aku punye lesen besar lagi 3 bulan. Kete pulak pinjam kakak aku punye jew. memang padan la muka aku kan.Poyo naik kete xde sticker, walhal diri nie baru under lesen P.  Melayang duit kena bayar saman. Buat muka kesian-lagi-comel kat JPJ kerek nak mamp tu pon tak guna dah, dia buat don't know jew..siott betol rase hari tu.Rungsing giler kepala hotak takut lesen kena gantung. Bukan main lagi aku call tnya cg blaja kete, tnya abg kawan aku yg keje JPJ, tnya kawan, nak tau camne kalau aku pegi bayar saman nanti.  Hilang mood aku nak kutip buah durian nie.. haishhh.. ok lah!

Lupakan pasal kena saman meh tengok buah-buah durian yang masak ranum untuk di baham buat pulut durian nanti..



Beberapa biji dorian yg berjaya di kutip. 
Sedang duk sibuk2 cari durian dah luruh, Langkah jew beberapa tapak. Gedebukkk!! bunyi durian besar jatuh ke tanah belakang aku. Fuhhh..nasib baik xjatuh ats kepala aku. Kalau tak. Kena kepala bocor mambang!! hehehe..


 Mok (nenek) aku bersusah payah duk belah durian yg paling besar nie nak kasi cucu makan.


Terlampau banyak buah dokong nie..muat 5 beg plastik beras yg 10kg tu pon still ada lagi bebrapa btng pokok yg xkutip. Nak isi lam kete kecik memang xmuat ler..



 Sanggup turun curam sampai lenguh kaki2 aku semata2 nak bwa naik durian


curam yang tinggi dan berlumpur




nahh..tu dia, raja buah sudh dimuat dlm boot kete kecik nie. Rabak kete aku angkut benda alah nie wat balik umah..
akhir skali jadi lah pulut durian sepinggan.. 



pulut nie, aku xleh makan banyak. letak 2 ulas durian dah buat aku kenyang dah n plut durian nie rasa cepat muak sebab bersantan kan. Dan jugak, carbohydrate tinggi. kakak aku yang cakap.


No comments:

Post a Comment

Dunia kanak kanak yang dirindukan

Masa kau kecik kau tak sabar nak jadi besar, nak tengok muka sendiri ni macam mana la agaknya bila aku dah besar. Muka hitam yang ni nanti...