Assalamualaikum
Berapa agaknya suhu kat negeri Melaka nie sekarang? Tak pernah aku rasa tahap kebahangan dan kebengangan menimpa diriku ini. Aku rasa macam nak pergi terjun dalam kolam yang dipenuhi ais-ais kiub dari van Atlas. Arghh..syoknyee.. Rambutku dah bau tengik, keti pon makin basah makin semerbak. Mungkin setan-setan jantan dan betina sedang tawa-hilai kat aku sebab dah patbelas kali aku keluar masuk jamban untuk menyejukkan seluruh tubuhku dari bahang dunia ketika ini.
Kalau lah hanya aku saja yang hidup dalam rumah ni, agaknya dah lama aku mengenakan bikini bottom, supaya dapat mengelak air masin merembes keluar kat badan aku nie. Terasa seperti sedang melakukan rawatan sauna duduk dalam bilik usang ni bertemankan kipas tahap kelajuan lima. Walaupun kelajuan tahap maksima, tetapi aku rasa angin yang dikeluarkan dari kentut aku lagi kuat berbanding kau kipas. Sangat tak guna. Niat untuk beradu sering terbantut memikirkan tahap suhu di negeri kecil ini. Taik ayam hangat betol! aku tido pukul 6pagi tau tak semalam. So?? Bagi aku tido!
Tak mengapa, aku sabar. Jangan sering merungut. Hidup kena sentiasa merasa nikmat-nikmat dunia yang tak berapa enak yang dipersembahkan di pentas dunia hari ini. Kau hanya jadi penonton, bukan jadi juri. Asyik nak sedap je kau kan. Samaada kau boleh terima atau sebaliknya. Kena bersemuka juga. Ini mungkin sekadar petanda kecil kat dunia yang fana ni. Aku benci bila ada yang mengeluarkan kata-kata ni "eleh, baru panas dunia sikit dah bising, neraka lagi panas la". Baiklah. aku terima. Tapi aku ada satu soalan. Adakah kau yakin aku akan dihumban ke neraka? Ada jawapan?
Eh apa aku merepek nie? ayat sume macam keling. okey, entry yang carca marba merepek meroyan. Aku hanya nak cakap aku panas! itu saja ok. Merlimau panas okey. Jangan datang sini!
ok. babai..
yup ! setuju sangat. haritue masa datang Merlimau. dia punya panas OMG ! gila panas sangatt !! pikir dua kali kalau nak datang lagi. haha
ReplyDeletepnah dtg sni ek..memang bapak pns giler kt mrlimau nie..xpyg dtg lagi. ehehehe
ReplyDelete