Saturday, 18 May 2013

Bukan pelajar lagi!


Assalamualaikum.. 

Akhirnya hari ni dapat jugak jengah blog buruk aku nie.. kesian blog aku di anaktirikan beberapa minggu..ehe.. Nak kata aku ni busy dengan hal-hal dunia takde sangat pon.. duduk rumah sminggu lebih aritu pon memang keje berjalan ngan tido je hari-hari.. Skali timbang berat aritu, dah bertambah satu ribu gram. Haa..nampak sangat duk umah kejenya makan tido jew kan. Tsk.tsk tsk..anak dara, anak dara..


Boleh tak kali ni aku nak jerit perkataan ni kuat-kuat?

Weeeehooooooo!!!!!!!!

Dah ko kenapa nak over sangat? Perlu ke tulisan gedabak macam tu? Aha..perlu sangat-sangat, sebab perkataan tu menunjukkan aku happy sebab sekarang dah takde istilah exam, assignment dalam hidup aku setakat nie.. Sebab.. aku dah habis belajau kat melaka dah woiii.. ko dengau tak aku dah boleh tido sampai lebam kat umah? Dengar tak ni? (memang tak la sebab aku tulis je, bukan main wechat kat sini) ihiks~
  Alhamdulillah, exam hari tu pon kira tak berapa nak killer sangat bagi aku. Tapi, perasaan takut menunggu result akhir nie memang buat jantung aku nak gugur ke tanah. Tak tau la macam mana result aku nanti ek. Harap semuanya okey dan bertambah okey..amin amin..

Tiga tahun belajar ni, kejap je rupanya ya. Aku rasa macam baru je kenal kawan-kawan aku, baru nak korek perangai buruk masing-masing.. ehe.. tup tup, dah habis dah pon rutin aku bangun pagi pergi kelas-pukul-9 walhal-kelas-pukul-8 dalam hidup aku..Tinggal lah semuanya kenangan dan skandal-skandal kat sini. Tang skandal tu  kawan aku punya skandal okey. Aku tak sanggup nak pasang skandal tau tak. Takut sedih, at last kena perpisah jugak kan.. ngeeee

Dan semua dah buat haluan masing-masing.. susah dah nak bergosip melepak. Boleh contact dengan kawan-kawan pon dengan facebook, whatsapp jela.. kalau nak jumpa tu memang susah dah kot lepas ni..jumpa pon kalau ada salah sorang yang dah nak kawin ke kan. Tu pon kalau boleh join, bila dah habis belajar nie, ada yang takde pulak, sebab dah bagi komitmen pada kerja pulak. Tak gitu yop?
So, perancangan aku bila dah habis belajar ni tak kan nak kangkang depan tv layan running man je kan? Kenalah topup jugak beras, gula, kicap kat rumah tu, aku ni tau habiskan je..huhu.. Jadi sebelum membuat perancangan seterusnya iaitu further study. Aku mengundurkan diri serta merajinkan diri dengan paksa rela mencari kerja.. huhu.. takde la terpaksa sangat. Rasa macam dah lama tak shopping kan. Tu yang terasa nak pegang duit sendiri pulak. Nak harapkan bank PaMa memang tak kan pernah cukup.  Tapi ada sedikit berani la aku kali nie sebab sanggup merantau kerja di luar kota. Chittt!! Luar kota la sangat kan.. hihi

Hah, dah la melalut panjang-panjang..nah!! Kat bawah ni antara muka-muka aku selama aku belajar kat Melaka. Setiap sem muka aku and badan aku pun turut mengembang. Bukan berubah semakin hari semakin cun, tapi makin tak tak berapa nak cun.. dulu terasa diri nie omey angat dalam kalangan. Haha..perasan gila.
 Tapi disebabkan cuaca kat Melaka yang macam dekat Somalia dah aku rasa.. (walaupon tak pernah pergi Somalia) membuatkan kulit muka tak segebu dulu..kahkah.. 

 



 Alahaii..mase sem 1 aku kecik jew..muka pon putih melepap..tapi skang hanya tinggal kenangan,, huhu





Rindunya nak pakai 'chef uniform'..pics nie mase part 2, 3 and 5
 haa..nmpak tak muka and badan aku semakin tembam..aku rasa time ni badan aku naik 5 kg..


 
 Part 6..sweet memories with them.. Gambar kanan atas tu mase pergi jual-jual kain batik kat pelancong asing, di Bandar Hilir.. panas dan penat..



 
 Yang ni takde kaitan ngan tempat belajar.. saje je aku nak mengedik dengan buat muka gyiomi (cute) ahaks..





No comments:

Post a Comment

Dunia kanak kanak yang dirindukan

Masa kau kecik kau tak sabar nak jadi besar, nak tengok muka sendiri ni macam mana la agaknya bila aku dah besar. Muka hitam yang ni nanti...