Wednesday, 29 October 2014

Resepi: Jeruk Mangga Asam Boi

Assalamualaikum..


Nak taip tajuk pon dah buat air liur aku tiba-tiba bertakung ni apa kes? mengalahkan ibu tengah pregnant plak aku nih. Aku rasa bukan aku sorang je boleh telan air liur kalau dengar makanan jeruk masam-masam ni. Abah aku pon sama. gila asam. orang klate cakap hantu colek. aha.

Dua tiga hari ni kalau aku scroll FB penuh timeline ngan gambar jeruk mangga asam boi ni, Tak tau la cik kak mane  yang start  beli jeruk mangga pastu shared ngan orang. Sebab memang jadi viral atau fenomena dah aku rasa 3 4 hari ni orang duk gila beli jeruk pon kat online. Sampai ada page "Jeruk Mangga Asam Boi" yang tak menahan aku tengok baru 9 hours lepas dia created page tu dah ada hampir 10K followers engkoo.. kau hada?? kalah retis tau! haha.. gila betol la penangan Facebook nih. 

So harini aku pon terikut sama  la nak try macam mana rasa sedap sangat jeruk mangga asam boi tu. Nak cari mangga muda yang susah skang ni sebab bukan musim dia. Kat pasar kawasan rumah aku pon memang takde ni. At last aku try cari kat Pasar Besar Siti Khadijah. Ada pon bukan mangga muda yang kecik masam tu yang ada jenis besar lemak-lemak masam. Okey lah daripada takde kan?




senang gila celah gigi je pon nak buat jeruk ni tak perlu nak beli online, cas postage pon dah namhinggit.. kosnya pon aku buat tak sampai 5 ringgit, boleh makan satu bekas besar. Dalam ni letak je bahan- bahan kat bawah tu lepas tu simpan la 2 3 jam dalam peti nak kasi dia sebati rasa masam manis tu. Siap! SELAMAT MENCUBA! :)

   * 2 Sudu besar gula
       * 1 Sudu besar garam
* 4 biji cili merah
  *10 biji asam boi.. 
* lagi banyak asam boi lagi sedap, lagi masam.




Monday, 6 October 2014

Salam Eidul-Adha 2014

Assalamualaikum.

Cepat pulak masa berlalu, dah bulan 10 rupanya.. lagi dua bulan nak habis tahun 2014 kan ? 
Raya datang lagi..wehuuu.. tapi raya korban la.. raya orang naik darah sebab banyak makan daging.. naik angin pon ramai sebab jalan jam teruk kat kelantan ni. 
well.. itu benda biasa.

Selamat Hari Raya Aidil Adha 
 
ikhlas kepada semua keluarga dan rakan-rakan.
Satu text pon aku tak wish kat kawan2 aku kali ni, macam pelik plak aku rasa.. selalu malam raya berpusu-pusu aku dapat text n reply text wish raya. kali ni satu pon takde, orang tak ingat kita pon...sob sob. (dah takde wassap mana nak dapat)

raya haji bagi aku biasa2 je simple as usual, plus ngan my lovely sista pon tak balik raya haji kali ni, so takde la nak kuar beraya n selfie kaw kaw kali ni. So, no preparation at all. baju raya pon pakai yang raya puasa punye. sebab baju kurung dipakai untuk beberapa jam je kalo raya korban ni, lepas tu salin t-shirt sebab tengahari dah tau aku kena masuk dapur bertungkus lumus dengan daging-daging yang orang sedekah. Kena jadi chef la kejap. ihi. raya kali ni pon memang macam tak raya lah bagi aku. berbaju raya sampai pukul 12 tengahari je, pastu masuk dapur, makan tengahari then buat acara 'melukis peta' sampai petang. Dah kenyang jadi ular sawo la.. aha. Jumpa kawan-kawan pon tak.. memang tak macam raya dah.

dulu masa tempat belajar, kawan2 aku yang bukan orang kelantan mesti cakap raya haji kat kelantan meriah! ek? yekew meriah? bagi aku biasa je.. takde beza sangat pon dengan negeri-negeri lain.. negeri lain ada orang sembelih lembu jugak apa. 

umm.. mungkin meriah bagi dorang sebab orang kelantan ni kalau buat ibadah korban kadang- kadang sampai 2 3 hari.. pastu banyak orang buat majlis makan-makan. Biasa lah negeri serambi mekah uolls ni lebih meraikan hari raya korban dari hari raya puasa. Sebab dari segi pahala ibadah korban tu yang orang-orang sini nak buat. Sebab bagi aku negeri luar  dorang lebih meraikan hari raya puasa.. kadang2 kadang sampai sebulan pon beraya lagi. open house pon berderet lagi orang buat.. tak gitu cik jah? memandai plak aku ni ye? eh betol lah apa ustajah cakap tu..  huhu..

panjang berjeler pulak entry aku ni.. niat di hati nak tulis satu ayat biru kat atas tu je, pastu out.
Rajin sikit jari jemari runcing ku ni sebab mata tak ngantuk lagi. dah 3 malam aku tido 4 pagi tau. Tak tau la awat cheq jadi lagu ni.. haiyyaa.. parah dah rasa n,i sebab cik Wat dah mula buat lawatan sambil belajar dengan anak-anak murid dia kat muka aku ni. ohh seteresss!! 
Adios.

 

Tuesday, 30 September 2014

Hey Kawan!

 Assalamualaikum..


Kawan datang dan pergi. Itu biasa. 
Jangan terkejut jika ada kawan yang tak hargai erti persahabatan.
Mencari bila perlu pertolongan.. Menangis bersama bila kesedihan.. boleh jadi membenci kita jika ada yg kurang.

Maaf jika aku tergolong sama seperti itu. Kadang kala itu semua terjadi tanpa disedari. Kau juga hanya memerhati kemudian membenci. Itu salah.

Mungkin kau kata
 ' seorang sahabat hanya berkata kebenaran di depanmu, bukan dibelakangmu'

Mungkin kau kata
Aku tak tahu cara berterima kasih, tidak mengenang apa yg aku peroleh.

Mungkin kau kata
Buruknya aku, sanggupnya aku.

Hey kawan!Ingatkan aku, bahwa aku pun hanya insan biasa, namun dengan ikhlasnya engkau menolongku. Tiada yang lebih baik lagi, kuyakin engkau adalah manusia yang paling baik dalam hidupku.


Sunday, 28 September 2014

Gila Korea!

Assalamualaikum..

Anyong-ha-seyo Chingu.. jigeum mweo haeyo? (hai kawan, buat apa tu?) nah.. aku kasi ayat korea sikit harini.  Sebab skang ni aku memang semangat waja sangat nak belajar cakap korea. Sampai hampir tiap-tiap hari jugak lah aku buka u-tube cari video2 orang ajar bahasa korea..kahkah.

 jiwa kepop ni dah lama sebenrnya bertapak dalam jiwa aku. sejak zaman skolah menengah lagi.. tu pon sebab kakak aku yang hasut. Mula2 tengok drama full house pastu dengar lagu Super Junior, TVXQ semua tu.. last2 jadi addicted plak semua pasal korea. Sebab muka sekor2 memang buat aku xpuas tengok..putih, tinggi, sore best. walaupon ku tahu engko makan daging natang berbadan pink and berak tak cebok. dahku tetap tergila-gila .. ahak~ Parah!

Tapi skang dah berpaling tadah kat dorang semua tu.. makin lama makin tak sedap lagu dorang.. skang ni aku duk gila tengok life n dengar lagu dari group EXO ngan GOT7 plak.

 dalam ramai2 group EXO ni bias aku 2 orang je..  EXO-K Sehun. EXO-M Luhan.. :)





GOT7 ni plak group dari  JYP Eentertainment yg baru je debut January 2014. Group baru nak up.. members pon muda2 lagi..  17 - 22 tahun je dorang ni.




 
Dua ketui ni plak bias aku. dorang bukan orang korea pon.. Mark (Amerika) & Jackson (Hong Kong).. hensem dak dua ketul ni? aha. minat sampai terbawa dalam mimpi tau dak. Gila!


tapi aku ni xde lah teruk sangat pon Kpopers-nya.. sekadar suka tengok & dengar lagu2 dorang je.. tahap fanatik gila tu x lagi kot. Dah tua.. malu plak kat budak2 nanti. huhu.

Tapi, aku memang ada simpan impian one fine day nak sangat melancong kat korea.. kalo dah keje nanti, pastu kumpul duit pergi backpacker pon jadi lah. Dari segi fizikal & mental aku dah lama ready ni.. kalau gi korea sorang2 pon xkan sesat punye lah..semua aku tahu..uhu. Cakap korea tu memang banyak dah aku duk hafal n belajar ayat2 basic jadi pelancong..tinggal fulus je skang ni..

 Sebab aku tengok takde la mahal sangat pon nak g korea, ada 2K pon dah cukup kalo stakat nak stay 5 6 hari tu. Banyak jugak la aku tengok entry2 dr blogger yg shared bajet ciput kalo nak gi korea tu. lagi lah berkobar- kobar aku jadinya. sabar2.. ada rezeki aku akan sampai jugak. Amin... :)




 


yeaa.. cheo nun hangu kea kagashipoyo!
(Aku nak pergi korea!)
 Anyong!

Friday, 26 September 2014

Taliponku Rosak!

Assalamualaikum..

Harini baru aku dapat hidayah nak buka blog. Niat nak menulis selalu je terlintas tapi jari yang malas nak menaip. Sorry kakbelog kerana sudah berhabuk ditinggalkan.

sejak 2 3 4 belas menjak ni mood aku memang macam kucar kacir sikit, sedih macam mati laki pon ada kadang2. aha. Sebab apa? sebab hendpon aku rosakkk.. hekeleh... talipon je kot, nak sedih2 macam mati laki apa kes? over nau nau ko ni!

yer ah. memang patut aku bersedih dan meratapi pemergian benda berharga aku. Bukan senang abah kau je tau nak dapat beli sebiji hendpon. Kalo harga nampuluhempatringgit je, rosak harini aku bleh terus beli lain esok. Ni beribu riban kena ada baru dapat sebijik. Sadis!

Yang aku sakit hatinya baru je pakai setahun phone aku tu.. warranty baru je lepas beberapa bulan dah rosak.! hampir 4 5 bulan jugak aku kumpul duit gaji masa keje dulu nak beli fon Note II tu. Makan nasi ngan telur, makan maggi je tau gigih kumpul duit.
 Aku beli fon tu ngan member aku..  dia kata fon tu ori.. rupanya EP. Choiii. kau tipu aku bhai!
 aku pon masa tu memang tengah cari smartfon yg macam canggih sikit. Sebab, sebelum tu aku baru je kehilangan Tablet aku.. baru pakai 2 bulan jugak tu. Pastu kena curi kat masjid kota bharu haritu. Lahanat betol manusia ni.. dalam masjid pon jadi! Aku tak Halal.

Aku xtau apa hal ngan talipon tu tiba2 screen dia rosak. Tiba2 je jadi gelap xnampak apa pon kat screen. Kalo on okey je. Pastu dengan perasaan berdebar-debar aku cari tempat repair phone. aku berdebar sangat sebab aku tau hendpon samsung kalau dah rosak skrin bukan seratus dua dia charge. Setahu aku memang mahal sampai cecah 700 ratus pon ada.
 Pastu aku  jumpa tempat repair kat KB Mall. Tanya apek kat situ pasal apa hendpon aku rosak tiba tiba walhal aku tatang bagai minyak yang penuh talipon aku ni. Tak pernah jatuh pon.. jaga memang baik punye lah!

Sekali dia cakap talipon kalau selalu cas takleh jugak. Skrin akan rosak jugak..
Ayoyo!! apa kes selalu charge pon rosak? Memang. Aku memang suka cas talipon pon.. xleh tengok percent bateri kurang 50% aku akan cas. Pastu tido.. overcharged la jadinya..Aku tanya berapa kalo repair skrin? "500 lebih! kalau nak 45 minit je boleh siap". bapak kau mahal! aku takde duit. 
okey blah. *mata berkaca*

Mulai saat ini tiada lagi smartfon.Tak tau tahun bila plak dapat beli fon baru.. Memang skang banyak je talipon murah..3 4 ratus dah belambak jual yg brand Lenovo tu.. Tapi aku taknak, sebab bagi aku kalau boleh nak yang elok terus.. bagi aku kalo fon aku lagi suka kualiti kamera dia yang bagus. macam samsung ngan Apple memang tak dapat dinafikan la memang cantik.. Gila selfie kan. haruslah pilih semua tu. ehe. 

So skang, aku pakai balik fon Nokia aku yang dulu.. aishh.. fon  nokia ni jugak yang tahan bertahun tahun.. dah diselam air kolam pon rilex je hidup senang lenang. Pastu aku pon takde lah hidup 24 jam duk pegang talipon online je manjang. Kadang2 tu jadi macam pelik jugak la sebab budak2 skang pergi mana-mana pon duk tenung je talipon masing2 sampai nak keluar anak mata aku tengok. Bukan budak-budak je aku cakap. Abah aku pon tak terkecuali. Memang akan jadi anti-sosial semua bila ada smartfon. Rilex la aku kejap dari benda tu semua.. Lepas ni jadi camtu balik. ihi..
 Dunia teknologi kata kau..!!







Friday, 30 May 2014

Konvokesyen-Ada Diploma setakat ni.

Assalamualaikum


Hampir setahun aku tunggu nak rai hari yang aku rasa agak mengujakan ni.
Tengok yang lain pakai jubah, naik pentas pegang segulung ilmu selama tiga tahun. pun diri ni membuak-buak tak sabar.
 Ni  kiranya cerita throwback aku  pergi konvo hujung bulan 3 aritu. Kat Merlimau lah mana lagi!
Sedih sebab abah aku takleh datang tengok aku naik pentas cipta potret bersama sama. Dah lah masa first aku masuk belajar dia pon takde. Tak dapat kenal jugak tempat aku berhempas pulas belajar tak seberapa di sana.

Pencapaian tidak pernah membanggakan pon. Suam suam kuku je. Tak pernah merasa kembang hidung dengan result hebat. Tapi takpe lah.. yang penting habis belajar.
 Menyesal takde orang nak layan jugak. sebab kau memang macam tu.

Tak dapat semua tu paling tidak aku dapat memori indah, dapat kawan, dapat pengalaman.
Sudah cukup untuk aku berfikir untuk kedepan hari pulak.

Nah! simpan lah sedikit potret masa konvo aku. kenangan di hari tua.












Lemah

Assalamualaikum


Rambut mulai gugur

Mata banyak yang berkabur

Muka sedikit luntur

Kulit pon jerawat berterabur

Lubang hidung najis hampir tersembur

itu apa yang dilihatnya. Dalamnya?

Hati ni dah lama hancur

Otak pon fikir bercampur-baur

Jiwa makin hari makin berobor
dan. dan. dan
sepatutnya aku dah tidur.

Tapi... aku lemah. Dalam segala hal,

Untuk Sekian Kali

Assalamualaikum..

untuk sekian kalinya.. blog yang berbulan bulan aku tinggalkan, dan harini angin kus kus apa tak tau membuatkan aku rajin update blog. walaupon secebis.

untuk sekian kalinya.. tak pernah pernah aku duk rumah jadi suri rumah tangga yang berjaya untuk tempoh yang agak lama selepas habis tanggungjawab di JPA. 
*hidup separuh gila macam ni, kalo anak orang kaya takpe. sobs~

untuk sekian kalinya.. aku merasa kecewa dengan hidup aku yang serba sial. Aku sedih sebab aku tak kuat nak hadap semua ni.

dan untuk sekian kalinya.. aku terasa benci yang teramat kepada lelaki yang mungkir janji itu, semua janji dicapati dan jugak boleh diibarat menanam tebu di tepi bibir angelina jolie. Haruslah aku lupakan apa yang terpendam. Lupakan dia lelaki mulut manis j*** masam.
* jangan buang masa yg pendek ni.



Bye...

Sunday, 26 January 2014

Motif?

Assalamualaikum

Otak aku bingung. Ada tanda soal besar yang mncul atas kepala.
Tak tau apa motif kau. Berkali kali nak bagitau aku yang salah dalam hal ni.
Benda 3 tahun lepas. Sudah lama kalau nak di ungkit. 
kau pon dah ada kehidupan baru. Disayang n menyayangi orang tu.
 Jangan nak hancurkan masa depan kau bagitau dengan luahkan apa yang kau rasa terhadap aku beribu hari yang lepas.

Motif sebenar apa?
Nak suruh aku rasa menyesal?
Nak tunjuk betapa kecewa hidup kau selama ni?

Boleh tak percaya dengan satu ayat ni?  Takdir.

Thursday, 23 January 2014

Psikologi aku.

Assalamualaikum..


Semalam.
Dialog yang buat aku terkejut kecil dalam hati. Aku buat bodoh, tapi berlagak ceria.

  "First time abang tengok muka kau dik, abang dah tau yang kau ni ada masalah. muka tengah stress"


  Aku jumpa dengan orang yang tak pernah aku jumpa. Dia psycho-kan aku. Aku ni jenis perahsia takkan cerita masalah aku kat orang yg aku tak kenal. Orang yang aku kenal pon aku tak pernah bercerita. Ni kan pulak dia. Tapi haritu aku rasa macam lepas semua masalah aku yang selama ni kau pendam bertahun-tahun.. 

Dia banyak bercerita, dia bagi nasihat kat aku. Pesan kat aku, jaga maruah, jaga kemaluan.. jangan cepat jatuh di tangan orang lelaki, jangan mudah layu dengan kata-kata lelaki. Masa tu perasaan aku mula berubah. Tiba2 aku rasa macam  takut gila. Mata aku plak automatik berkaca.

Aku luah apa yang aku rasa, bukan dengan bercerita. Tapi dengan air mata. 
Tak mungkin sebenarnya aku nangis dekat orang yang baru aku kenal. Opposite gender plak tu. Malu kot!
"kalau kau nak nangis nak menjerit ke apa dik, kau nangis je. kau buang apa yang kau rasa selama ni'
Aku nangis semahu mahunya. Sepanjang hidup aku, aku tak pernah nangis kuat macam tu skali. Hati ni rasa macam sakit sangat aku tak boleh nak tahan esakan aku masa tu. Rasa lega, aku stop bila aku rasa kepala aku macam pening sikit.

Lepas daripada tu baru aku tau yang dia belajar benda-benda psikologi ni semua. Dia dah dapat baca air muka aku masa mula-mula dia tengok aku.

Balik umah malam tu tido nyenyak, tapi yang tak suka bangun pagi mata aku pedih. kuat sangat kan menangis semalam.

Aku baru sedar yang aku sebenarnya memerlukan pendengar yang setia. seseorang yg aku boleh bercerita apa masalah aku, apa yang aku rasa.
Mungkin orang lain juga sama. Kan?





p/s: Actually, aku jmpa abang ni nak cite masalah kat umah yg aku sewa sekarang. cause he is the owner.





Sunday, 12 January 2014

Dua Kosong Satu Empat

Assalamualaikum..

Tak percaya aku masih punya niat untuk buka blog usang ni. Memang kesian blog ni sebab punya tuan macam aku. Bila sunyi, bila nak mengadu baru mencari. Persis manusia. 
Bila bosan, bila kehilangan baru datang meraba-raba mencari tempat meluah perasaan, mengisi  kekosongan, menjadi pilihan. urm. Takde beza.

Alhamdulillah. Syukur kepada maha Pencipta, masih diberi peluang untuk hidup di dunia sementaraNya.
Tahun lalu banyak jugak benda celaka yang menimpa. Aku telan walaupon pahit jugak rasanya. Sumpah! aku tak kuat mana pon nak terima semuanya. Lepas terhantuk, baru aku sedar. Oh! ini tandanya aku yang paling istimewa dikalangan mereka, Namaku masih menjadi pilihan dan dipetik dari Atas sana. Dia hanya ingin melihat hambanya tahu menilai kehidupannya. Mungkin banyak perkara yang aku alpa tentangNya. Dan inilah satu cara dia menilai tahap kekuatan hambanya. Aku terima semua dengan hati terbuka Ya Allah.
 
Tahun lalu mungkin banyak dosa yg dicipta. Tapi masih tak sedar maut datang menjengah setiap masa. Mungkin sudah terbiasa hidup sebagai anak muda. Sering leka dengan keseronokan dunia padahal sudah tahu takde apa-apa yg berguna untuk di bawa kedunia yg kekal disana. Ya Allah hinanya terasa.
Kadang-kadang diri ni ada juga timbul rasa riak dan bangga, Aku ingat sudah hebat meninggalkan yg mungkar, buat apa yg disukaNya. Sekadar mencium sejadah lima kali sehari, menutup anggota yg mengaibkan diri dan menolak nafsu kepada sang lelaki, sebenarnya masih tidak cukup. terlalu sedikit untuk dikira. Nilainya masih murah untuk layaknya ke Syurga.

Takde apa pon yang aku minta pada tahun ini dan seterusnya. Takde impian dan angan-angan pon untuk terus menjadi hebat dimata dunia dan mereka semua. Yang aku impikan menjadi hebat di dunia sana. Apa yang aku bakal bawa pon aku tak dapat menduga. Biasalah, orang muda, belum puas menikmati apa yang ada, belum dapat apa yang dicita. Begitulah aku, kadang-kadang menyalahkan pencipta, Sering mempersoalkan kenapa apa yang diminta tak pernah diterima.Tanda tanya dengan air mata selalu je bersama. Menyalahkan juga kata hidup tak adil sebenarnya.
Sedarlah sikit, kalau tak dapat apa didunia mungkin itu untuk kebaikan di akhirat sana. Tuhan tahu apa yang baik apa yang hina untuk hambanya. 

Aku yang hina memang tamak haloba, yang dinikmati sedia ada pon sering dilupa, Perkataan 'bersyukur' kadang-kadang terlupa juga, malah meminta pulak yang lainnya. Ampunkan aku maha Kuasa. sifat begini tak sepatutnya menjelma. Mungkin terlalu cemburu apa yang orang lain ada tapi aku tak kuasa menjadi pemiliknya.

Bila malapetaka dimana-mana, insaf pon sementara je,hanya melihat dan mendengar, kemudian terus melupakan segala-galanya. Macam takde apa pon yang berlaku sebenarnya. Yela, tak terasa sebab bukan aku yang kena. Dengan selamba meneruskan hidup tanpa rasa takut dengan apa yang bakal menimpa.
 Iman di dada aku seperti roller coaster juga. Kadang-kadang naik di atas paling tinggi, kemudian turun yang paling rendah. Kata lain, Senipis kulit bawang, boleh jugak macam takde iman bila tak di lawan. Kadang-kadang ingat neraka kadang-kadang lupa. Moga tahun ni tidak terlalu leka itu je yang aku minta. 

Tak pernah terlambat rasanya kalau aku nak meminta keampunan sesama manusia. Dosa aku yang lampau jangan dituntut ya sahabat, doakan saja aku cepat-cepat bertaubat. Darah daging aku juga sama. Tak perasan aku pernah menderhaka, dan tak sedar ingat sudah jadi yang terbaik untuk mereka. Ampunkan aku insan yg mewujudkan aku didunia. Takde apa yang aku dapat balas sebenarnya, cuma yang ada doa sepanjang masa.

Walaupon tahun baru 2014 bukan tahun yang patut dirai agama aku. Sebab kehidupan kita kini memang dikira melalui tahun-tahun tu, bukan Masihi. Jadi kena ada jugak lah entry tahun baru ni. Semoga semua menjadi umat yang bakal berada di Syurga yang hakiki.

Wassalam. (^_^)


Dunia kanak kanak yang dirindukan

Masa kau kecik kau tak sabar nak jadi besar, nak tengok muka sendiri ni macam mana la agaknya bila aku dah besar. Muka hitam yang ni nanti...