Saturday, 30 March 2013

Aku panas kau tau tak?

Assalamualaikum

Berapa agaknya suhu kat negeri Melaka nie sekarang? Tak pernah aku rasa tahap kebahangan dan kebengangan menimpa diriku ini. Aku rasa macam nak pergi terjun dalam kolam yang dipenuhi ais-ais kiub dari van Atlas. Arghh..syoknyee.. Rambutku dah bau tengik, keti pon makin basah makin semerbak. Mungkin setan-setan jantan dan betina sedang tawa-hilai kat aku sebab dah patbelas kali aku keluar masuk jamban untuk menyejukkan seluruh tubuhku dari bahang dunia ketika ini.

Kalau lah hanya aku saja yang hidup dalam rumah ni, agaknya dah lama aku mengenakan bikini bottom, supaya dapat mengelak air masin merembes keluar kat badan aku nie. Terasa seperti sedang melakukan rawatan sauna duduk dalam bilik usang ni bertemankan kipas tahap kelajuan lima. Walaupun kelajuan tahap maksima, tetapi aku rasa angin yang dikeluarkan dari kentut aku lagi kuat berbanding kau kipas. Sangat tak guna. Niat untuk beradu sering terbantut memikirkan tahap suhu di negeri kecil ini. Taik ayam hangat betol! aku tido pukul 6pagi tau tak semalam. So?? Bagi aku tido!

Tak mengapa, aku sabar. Jangan sering merungut. Hidup kena sentiasa merasa nikmat-nikmat dunia yang tak berapa enak yang dipersembahkan di pentas dunia hari ini. Kau hanya jadi penonton, bukan jadi juri. Asyik nak sedap je kau kan. Samaada kau boleh terima atau sebaliknya. Kena bersemuka juga. Ini mungkin sekadar petanda kecil kat dunia yang fana ni. Aku benci bila ada yang mengeluarkan kata-kata ni "eleh, baru panas dunia sikit dah bising, neraka lagi panas la". Baiklah. aku terima. Tapi aku ada satu soalan. Adakah kau yakin aku akan dihumban ke neraka? Ada jawapan? 

Eh apa aku merepek nie? ayat sume macam keling. okey, entry yang carca marba merepek meroyan. Aku hanya nak cakap aku panas! itu saja ok. Merlimau panas okey. Jangan datang sini!

ok. babai.. 

Friday, 29 March 2013

Itulah Aku!

Assalamualaikum

Bila orang tanya aku aku nie seorang yang jenis yang macam mana. Aku memang takleh nak jawab. sebab kadang-kadang aku sendiri pon tak tau aku nie mempunyai sikap yang macam mana.Aku rasa aku nie macam transformers,perangai boleh berubah-ubah tak ikut masa. Kadang-kadang aku ni boleh jadi yang jenis cakap banyak gila , kadang-kadang macam orang psycho tak nak cakap langsung ngan orang. Tanpa sebab. Tak tau kenapa. mungkin sebab PMS kot. ehe

Hari tu aku ada tengok 'Rahsia Bulan kelahiran". pastu aku tengok kajian yang Dr.Fazilah kamsah buat tu macam. "eh, macam banyak la betul dengan perangai aku nie". So, kalau ada yang nak ngorat aku ke, then, nak tau aku nie jenis perempuan yang macam mana. boleh la tengok kat bawah tu. (mampus tak layan) Tak semua pon betul. Yang aku dah strikethrough tu memang 100% tak berapa ada dalam diri aku. hehe

kalau korang nak tau jugak apa rahsia bulan kelahiran korang. boleh la check kat SINI okey.

Aku lahir bulan JULAI..

#SANGAT SERONOK DIDAMPING
# BANYAK BERAHSIA DAN SUKAR DIMENGERTI TERUTAMANYA LELAKI
# AGAK PENDIAM KECUALI DIRANGSANG *rangsang macam mana aku tak tau. :p
# ADA HARGA DAN MARUAH DIRI
# TAK SUKA MENYUSAHKAN ORANG LAIN TAPI TIDAK MARAH APABILA   DISUSAHKAN
# MUDAH DIPUJUK DAN BERCAKAP LURUS
# SANGAT MENJAGA HATI ORANG LAIN
# SANGAT PERAMAH
# EMOSI SANGAT MENDALAM TAPI MUDAH TERLUKA HATINYA *cepat nau aku terasa hati ngan orang.
# BERJIWA SENTIMENTAL
# JARANG BERDENDAM
# MUDAH MEMAAFKAN TAPI SUKAR MELUPAKAN
# TIDAK SUKA BENDA REMEH-TEMEH
# MEMBIMBING CARA FIZIKAL DAN MENTAL
# SGT PEKA, CARING DAN MENGASIHI SERTA PENYAYANG *Tak selalu pon. Kadang-kadang boleh jadi jahat gila. aha 
# LAYANAN YG SERUPA DGN SEMUA ORANG
# TINGGI DAYA SIMPATI
# PEMERHATIAN YG TAJAM
# SUKA MENILAI ORG LAIN DGN PEMERHATIAN *perangai nie aku kena elak. Tapi rasanya takleh kot. Aku memang suka. 
# MUDAH DAN RAJIN BELAJAR
# SUKA MUHASABAH DIRI
# SUKA MEGENANGKAN PERISTIWA ATAU KAWAN LAMA *boleh buat aku tersengeh sorang-sorang mcm kerang busuk.
# SUKA MENDIAMKAN DIRI *selalunya time pagi-pagi mesti macam tak nak cakap ngn orang. haisshh.kenapa?
# SUKA DUDUK DIRUMAH *nampak tak aku nie anak dara yang baik. tak merayau. hakhak
# SUKA TUNGGU KAWAN TAPI TAK CARI KAWAN *adakah ini dikatakan sombong?
# TAK AGRESIF KECUALI TERPAKSA
# LEMAH DARI SEGI KESIHATAN PERUT *sejak perut kena operate mase darjah 6
# MUDAH GEMUK KALAU TAK KAWAL DIET *nak turunkan berat memang sepantas kilat. nak kuruskan balik? azab aku..
# MINTA DISAYANGI * sekarang tengah mencari seseorang yang sanggup menyayangi diriku ini. Ada ke?
# MUDAH TERLUKA HATI TAPI LAMBAT PULIH
# TERLALU MENGAMBIL BERAT
# RAJIN DALAM MEMBUAT KERJA


Okay.tu saja.. Kalau nak kenal aku lagi rapat. Jadi la kawan aku. huhu

bye :)









Friday, 22 March 2013

Rindu Masakan Mak

Assalamualaikum..

Tadi aku chat ngan kakak aku, pastu dia cakap hari ni umi aku masak menu yang sedap-sedap.. Gulai Ketam dengan gulai serati..fuhhh!! kalau makanan macam tu confirm-confirm ada budu ngan ulam-ulaman.. arghhhh..air liur meleleh tak dapat ketagih pak itam meleteh..*eh.tiba-tiba nyanyi pulak.
bila aku  dengar semua masakan sodap-sodap nie rupe ni la jadinya.. tsk.tsk.tsk

 Setiap hari jumaat umi aku mesti masak sedap-sedap, sebab hari jumaat cuti sekolah. kiranya semua ada kat rumah  masa tu. Berkumpul, makan sama-sama, makan bersila ramai-ramai atas tikar. Kiranya meja makan kat umah aku tu tak berfungsi pun. Sebab family aku jarang skali makan kat meja makan. Mungkin dah terbiasa makan bersila kat bawah. Macam tak syokk pulak makan kat meja nie. kalau makan bersila nie ke-selera-an dia tu makin bertambah sikit aku rasa. Lepas makan nak kentut kuat-kuat pon senang. ahaha. *Bukan aku ok. Kena pulak makan nasi ulam. Memang periuk nasi kat sebelah aku la gamaknya. haaa.. nampak tak adat makan orang kampung kitorang masih mengamalkan disitu.?? (ayat keling) :p

Kalau lu olang mau tau ah, mak wa ah, memang telel woo itu masak-masak..itu semua jenis masakan ah mak wa boleh buat.. *eh, terpuji mak sndri pulak. Memang! umi aku memang hebat bab-bab mencuba resepi nie.. kalau dia rasa nak makan benda tu dia akan buat. Tak tengok resepi pon takpe. rasa je dah boleh tau apa bahan-bahan yang ada dalam makanan tu.. haa..dah macam chef dah mak aku nie. 

kiranya tak mustahil la kalau abah aku duk puji yang aku nie pandai jugak masak..skill memasak tu datangnya dari umi aku. bak kata pepatah melayu "kemana tumpahnya kuah kalau tak ke lantai. eh salah, ke nasi kukus kat depan poli yang sedap tu. (apa aku merepek nie? )
 eh aku pandai ke masak? boleh la setakat buat mee goreng tu..main campak jew apa yang ada dalam peti. Asal sedap anak tekak aku, sedap lah bagi orang lain..

sebab tu lah abah aku semangat betol suruh aku sambung belajar amik kos Hotel & Katering nie walaupun hakikatnya aku sendiri macam nak tak nak jew buat Dip kos ni. Tapi nak tak nak pon, aku dah nak habis belajar dah kat Melaka nie lagi sbulan jew pon. ngee

Dah lah. aku tulis entry nie pon sebab aku skang tengah lapar tahap orang Somalia dah nie. Saje mengbusykan diri main laptop biar sampai tertidur. Kiranya tak payah fikir pasal makan. Makan esok jela mak cik oii..

ok.bye (*_*)




Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang

Assalamualaikum..

Untung julung-julung kalinya aku memberanikan diri tuk join segmen-segmen dari blogger yang dah lama berkecimpung dalam dunia blog nie. Aku yang baru nak merangkak pasal-pasal blog nie rasa tergerak hati pulak nak join segmen: bloglist dari Belog Cik Kumbang.

Kalau korang nak turut serta menyebokkan diri tuk join segmen nie, sila lah ikut cara-caranya kat bawah nie yer.. Mane tau blog korang tersenenarai kan.. Gud Luck.. :)



Ini adalah segmen pertama dari Belog Cik Kumbang.Tujuan Cik Kumbang buat segmen ini adalah untuk memudahkan Cik Kumbang blogwalking & terjah update terkini blog korang yang join segmen nie.Segmen nie inspired by Mia Liana & Cik Farah,sebab Cik Kumbang menggunakan konsep copy&paste coding HTML sahaja untuk join.Mudah kan?

KENAPA KORANG PERLU JOIN?

SEMUA blogger yang join segmen nie akan dimasukkan ke dalam Blog Khas,Bloglist Cik Kumbang di [SINI] untuk sepanjang tahun 2013 ini.Best kan :) Dan yang paling best, Cik Kumbang akan pilih sekurang-kurangnya 10 blog untuk direview di facebook page Belog Cik Kumbang dan 5 blog untuk direview di Belog Cik Kumbang dengan menggunakan random.org !!! Menarik tak? JOM JOIN !!!

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1.Follow Belog Cik Kumbang untuk mengetahui update terkini segmen ini.Klik
2.LIKE Fanpage Belog Cik Kumbang.Klik
3.Buat satu entry dengan tajuk Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang.
4.Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish. Untuk copy sila klik di bahagian coding, kemudian tekan Ctrl+C serentak untuk copy dan akhir sekali paste kan ke ruangan HTML korang.
5. Make sure korang tinggalkan link entri korang tu kat ruangan komen NIE & nyatakan kategori blog korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist Cik Kumbang nanti.

TARIKH TAMAT: 20 April 2013.

Thursday, 21 March 2013

Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist


Assalamualaikum...




Nabeel Fikree sedang mencari bloglist untuk bulan Mac dan April iaitu pencarian bermula dari 19 Mac 2013 hingga 11:59 malam 21 Mac 2013 nanti.


Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog NabeelStories.com.
  2. Buat satu entri bertajuk Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link entry pada ENTRY INI sahaja

Harap segmen ni mendapat sambutan.

Jumlah peserta yang akan di pilih untuk masuk ke dalam bloglist bergantung kepada penyertaan anda.


.

Sunday, 17 March 2013

K-Pop Star Kids

Assalamualaikum..

Aku nie memang jarang sekali tengok tv.. kalau balik rumah pon memang xdan kat tangan aku la remote tv. Bagi kat anak buah n adik jela. Aritu, tertengok satu channel korea kat astro. Reality tvshow K-POP STAR untuk budak-budak jew. Semua hebat-hebat  giler kot.. suara memang takleh lawan artis Mesia. Sumpah aku cakap dah besar sume nanti confirm boleh jadi macam Rain, SUJU  dorang semua ni.. 

Pastu dalam ramai-ramai peserta aku memang terpegun dengan suara budak nie..perghh..naik bulu tengkuk aku dengar suara halus dia.  Cubalah korang dengar, bagi aku suara budak nie sedap, even nyanyi macam nak tak nak je. Tak tau lah kalau korang dengar suara dia biasa-biasa jew.


(Bang Yedam nyanyi lagu Baby by Justin Bieber)


JYP ngan BOA pon macam terpegun dengan suara budak nie.. nyanyi sempoi jew..suara best giler!




Percubaan AuraWhite L-Glutathione


Assalamualaikum..


Entry lepas aku ada cite yang kulit muka aku ni senang sangat tumboh jerawat. stress sikit naik, tido lewat sikit naik. Even Skang ni tiap-tiap malam aku pakai produk tuk hilangkan jerawat. Stil tak memberi apa-apa kesan yang positif. Sangatlah fedup.


Sedang aku sibuk mencari produk apa yang sesuai untuk kulit dan badan skali ni..Pastu aritu adela aku ternampak satu produk kecantikan yang contain dia collagen. Then, tengok pulak testimoni dia baik punye berkesan. Aku macam berminat je nak try makan collagen tu. Nama produk tu AuraWhite L-Glutathione harganya kira ok lah sebab boleh tahan sampai 1-2 bulan. Pastu rasa dia pulak sedap. Kira semangat jugak lah nak minum 2 kali sehari pon kan.




Banyak lagi testimoni yang ada dari AuraWhite nie..aku pilih  akak yang dulu bermuka jerawat nie, Sesuai la ngan masalah aku.. Korang boleh google je kalau nak tengok testimoni yang lain.. semuanya positif.

Antara kebaikan AuraWhite.. bukan setakat untuk cantik kulit je tau..


Baru 5 hari aku minum AuraWhite nie.. harap-harap ada kesan yang baik la kat muka nie..nanti boleh lah aku jadikan supplement kalau dah sesuai ngan darah aku nie.. pastu boleh jual kat orang lain pulak.. ehe

In Sya Allah.. :)

Wednesday, 13 March 2013

Aku ada iras pelakon?

Assalamualaikum..

Hehe, rajin pulak aku update belog sejak dua menjak nie ya. Takpe..biarkan aja mood rajin tahap dewa nie. sebab lepas nie mungkin aku malas tahap koala nak jengah blog buruk nie. 
Haa..berbalik kepada tajuk entry nie, aku nak kembang hidung sikit nak cite yang ada orang cakap muka selebet aku ni ada iras pelakon. ahaks..terkesima mak nok dengar orang duk kata muka mak macam artis. bukan sorang, bukan dua, dan bukan tiga. nak dekat lima nam orang jugak makk rasa dalam bulan nie kata benda yang sama..*kembang kencup lobang hidung :p

Ada la satu hari tu aku pergi check barang dari pos laju kat pejabat kat hostel aku nie..Time tu ada sorang encik ni dalam linkungan umo 40-an camtu tegur:

aku: En, barang pos laju ada sampai tak harini? saya nak check nama dalam buku jap.

encik: Haa..boleh-boleh.sape nama kamu? ooo..Erselena.. (sengih-sengih macam kerang busuk)

aku: hah? eh, bukan-bukan..sape pulak Erselena?

encik: barang pos dari zain ke? (gelak-gelak). kamu tak tengok ke cite setia hujung nyawa? 

aku: Zain? mane la dan nak tengok tv en..lagipon malas la saya nak turun bilik tv tu..

encik: nanti tengok la cite tu.. El dan zain.. hehe

aku: (senyum je)

pastu ada 2 orang budak pompuan kat situ nak check barang jugak kot..mungkin dia dengar perbualan aku dengan en kat situ. Sekali menyampuk plak.

Budak: A'ah. adala iras sikit-sikit macam El.. (atas bawah atas bawah dia pandang aku) tapi kalau    tak pakai tudung sama kot.. 

aku: sape yang berlakon dalam cite tu?

budak: entah la kak, pelakon baru..xtau nama dia apa ntah. hehe.. (pastu blah)

* Skang setiap kali terserempak mesti orang tua nie tegur n panggil aku ngan nama El.. 

 Lepas daripda aritu, rommate aku pon cakap benda sama, coursemate yang aku tak pernah bertegur sapa tiba-tiba tegur cakap benda yg sama.. hahaha..mana aku tak kembang,  boleh koyak seluar nie kang..huhu.. aku pon macam pelik, tang mana la.yang samanye..cantik betol aku ni kalau ada iras Nelydia Senrose yg cantik giler kot. hehe.. ape-ape jela..  yg penting aku ada muka macam artis. hahaha.. *perasaan pulak aku nie. 





Tang mata bolat kot ada sama macam Nelydia.. :P

mintak sory la ya kalau entry nie buat readers rasa nak termuntah keluar meggi makan malam tadi.. *pergi amik baldi cepat . ahak..

choww..cincau.. :)

Sunday, 10 March 2013

Tak tidur + Stress = Jerawat


Assalamualaikum


Sejak dua tiga menjak nie, aku rasa susah giler nak lelapkan mata waktu malam. Tak tau la kenapa. Mungkin sebab dah tido petang tu atau aku ni memang jenis susah nak tido malam atau ada penyakit Insomnia. Kalau lepas pukul 2 pagi bijik mata nie still terbuka luas, mulalah rasa gelisah semacam. Pusing kanan tak betol, pusing kiri tak selesa, tertonggeng lagi lah.. kadang-kadang rasa macam nak nangis pon ada..takut esok tak sedar sebab kelas pukul 8am.

Aku rasa dalam minggu nie dah banyak kali aku ter-over slept. Nasib baik dapat lect yang tak berapa nak kisah budak datang lambat. Tapi, yang sedihnye bila dalam kelas aku memang tak boleh nak fokus sebab mata macam dipaksa-paksa dek setan untuk tutup dan mulut 2 minit sekali tebuka luas. Penat menguak sampai keluar air mata *terharu.. :p

Tapi bagi orang lain, setakat tidur lewat pukul 2 3 pagi adalah normal. Biasalah Student life..banyak kerja nak kena siapkan. Tak rock lah kalau pukul 10 malam dah terbongkang tido. Takde lah nikmat-nikmat hidup sebagai seorang pelajar kat situ. yew dak?? Tapi kalau setakat jarang-jarang sekali tido lewat tu kira ok la sebab kena buat assignment kew apa..aku nie selalu jew buat assignment last-last minit. Esok nak kena submit, malam nie la baru terhegeh-hegeh nak buat sampai ke subuh pon takpe. Dah jadi tabiat. Mungkin! Aishhh~ *sigh

Sebenarnya aku tak kesah pon tido lewat ni..tapi aku jadi ambik kesah bila geng-geng Cik Wat tanpa segan silu, tak bagi salam apa pon. datang berpesta kat muka aku nie.. bila datang tak dijemput lagi la buat aku bengang.. datang pulak tak nak balik..suka sangat berkampung kat muka aku yang gebuss nie.(itu dulu la). Macam-macam jenis produk dah aku telan, tak ok jugak. Koyak poket aku habiskan duit kat muka nie..ee..fedup la. Agaknya lepas habis belajar baru ok kot muka aku nie, sebab masa aku praktikal dulu selalu jew tido awal pastu takde nak stress dengan assigmnt sume nie..muka licin jer..Cik Wat pon segan tersipu malu jew nak datang melawat kat muka aku ni. Lantak lah. Sakit pulak aty kite nie bila duk pikir.. Lepas nie nak tido pukul 9 pon takpe. 10 bulan aku relax lepas nie. Sebab tak sampai 2 bulan lagi nak habis belajau kat Melakau nie.. yipppiiii..


Baik punye geng cik wat berkampung kat muka aku. Bila nak blah nie??



Final Exam & Final Project.. Harap semuanya okey. In Sya Allah..
AMINNN…


Friday, 1 March 2013

Baucar Buku


Assalamualaikum


  Alhamdulillah, terima kasih lah kat kerajaan sebab susah-susah je kasi baucar BB1M & Kad Diskaun Siswa kat students di M’sia nie.. huhu. Setiap tahun takde benda lain dah budak-budak ni duk tunggu. BB1M  jela jadi persoalan bila nak dapat. Belum dapat pon aku dah list dalam kepala otak nie nak beli benda2 mengarut apa dengan baucar buku nie. Taon lepas dapat RM200 jew, kali nie kerajaan up lagi sekeping. Jadi RM250.. Sehari sebelum dapat BB1M sume siswa kat tempat aku nie, termasuk aku bukan main lagi semangat dengar ceramah kat dewan sebab takut tak dapat baucar buku nie esoknya kalau tak join. Sanggup tunggu macam bodoh VIP yang datang lambat 2 jam setengah. Padahal pancing jew budak-budak nie nak kasi penuhkan dewan, pastu dengar la sikit ceramah VIP tu..then last-last masukkan jugak pasal politik kat budak-budak nie. Aku dari awal memang dah tau dah agenda sume nie. Malas nak layan..sebab tak cukup umur. Yang tak join pon, still dapat jugak esonya. Sume kena kencing. Ahak~


Tapi sayang seribu kali sayang, budak-budak nie dan aku sendiri tak tau macam mana nak guna baucar nie dengan betul. Nama jew baucar buku..tapi benda yang dibeli takde kaitan langsung dengan pelajaran. Yela, dah dapat RM250 tu semua macam  dah blur nak beli buku ilmiah apa. Kalau beli pon beli novel jela. Pastu ramai pulak aku tengok orang pergi beli teddy bear kat kedai depan tu. Nak pulak yang paling besar dan yang pasti harga 100++ jugak. Hummm..Aku rasa elok kerajaan tukar jadi BBB1M (Baucar Beli-Belah 1Msia) la pulak taon depan. Lagi la heaven gamaknya budak-budak ni boleh beli macam-macam. Ehe..


Aku pulak, nasib baik la bukan jenis giler sangat benda-benda macam tu. So, takde la nak meleleh air liur sangat teringin nak beli tedy bear bagai sume tu. Sekali. pergi kedai buku macam dah blur nak beli buku apa yang berguna untuk pelajaran aku. Nak beli buka masakan macam tak perlu sangat la pulak. Aku dah terer apa masak? (mampos tak layan. ngee) Kalau setakat nak tengok resepi, dalam internet pon aku boleh search. Jimat dah satu kat situ. Yew dak??


Pastu lagi satu yang buat aku bengang, Aku pergi kedai POPULAR kali nie, tapi leceh giler bila nak guna baucar nie.. kalau nak beli barang lain selain buku, even sebatang pen pon aku kena cari buku sampai harga rm40 dulu, pastu baru la boleh beli stationary rm10. Last-last aku cari kedai yang jual accessories laptop jer senang. Habis rm200 dah. Puas! Tinggal lagi sekeping untuk beli buku dengan lect. Ehe..

 satu keping dah guna. Tinggal lagi empat.



 sume nie aku beli kat kedai buku POPULAR. kecuali earphone & pendrive..nasib baik pakai sekeping je kat kedai tu.. susah sangat nak beli barang lain. Pastu habiskan beli satu headphone, hadiah kat kakak aku. Abah aku pon macam jeles nak jugak headphone tengok aku belikan. huhu..

Harap-harap taon depan dapat lagi baucar buku. kalau kerajaan nak up sikit lagi pon ok jugak..siswa-siswa di M'sia nie sume memerlukan. Huhu.. Adioss!

Dunia kanak kanak yang dirindukan

Masa kau kecik kau tak sabar nak jadi besar, nak tengok muka sendiri ni macam mana la agaknya bila aku dah besar. Muka hitam yang ni nanti...