Assalamualaikum
Alhamdulillah, terima kasih lah kat kerajaan
sebab susah-susah je kasi baucar BB1M & Kad Diskaun Siswa kat students di
M’sia nie.. huhu. Setiap tahun takde benda lain dah budak-budak ni duk tunggu.
BB1M jela jadi persoalan bila nak dapat.
Belum dapat pon aku dah list dalam kepala otak nie nak beli benda2 mengarut apa
dengan baucar buku nie. Taon lepas dapat RM200 jew, kali nie kerajaan up lagi
sekeping. Jadi RM250.. Sehari sebelum dapat BB1M sume siswa kat tempat aku nie,
termasuk aku bukan main lagi semangat dengar ceramah kat dewan sebab takut tak
dapat baucar buku nie esoknya kalau tak join. Sanggup tunggu macam bodoh VIP
yang datang lambat 2 jam setengah. Padahal pancing jew budak-budak nie nak kasi
penuhkan dewan, pastu dengar la sikit ceramah VIP tu..then last-last masukkan
jugak pasal politik kat budak-budak nie. Aku dari awal memang dah tau dah
agenda sume nie. Malas nak layan..sebab tak cukup umur. Yang tak join pon,
still dapat jugak esonya. Sume kena kencing. Ahak~
Tapi sayang seribu
kali sayang, budak-budak nie dan aku sendiri tak tau macam mana nak guna baucar
nie dengan betul. Nama jew baucar buku..tapi benda yang dibeli takde kaitan
langsung dengan pelajaran. Yela, dah dapat RM250 tu semua macam dah blur nak beli buku ilmiah apa. Kalau beli
pon beli novel jela. Pastu ramai pulak aku tengok orang pergi beli teddy bear kat
kedai depan tu. Nak pulak yang paling besar dan yang pasti harga 100++ jugak. Hummm..Aku
rasa elok kerajaan tukar jadi BBB1M (Baucar Beli-Belah 1Msia) la pulak taon
depan. Lagi la heaven gamaknya budak-budak ni boleh beli macam-macam. Ehe..
Aku pulak, nasib baik
la bukan jenis giler sangat benda-benda macam tu. So, takde la nak meleleh air
liur sangat teringin nak beli tedy bear bagai sume tu. Sekali. pergi kedai buku
macam dah blur nak beli buku apa yang berguna untuk pelajaran aku. Nak beli
buka masakan macam tak perlu sangat la pulak. Aku dah terer apa masak? (mampos tak layan. ngee) Kalau
setakat nak tengok resepi, dalam internet pon aku boleh search. Jimat dah satu
kat situ. Yew dak??
Pastu lagi satu yang
buat aku bengang, Aku pergi kedai POPULAR kali nie, tapi leceh giler bila nak
guna baucar nie.. kalau nak beli barang lain selain buku, even sebatang pen pon
aku kena cari buku sampai harga rm40 dulu, pastu baru la boleh beli stationary
rm10. Last-last aku cari kedai yang jual accessories laptop jer senang. Habis
rm200 dah. Puas! Tinggal lagi sekeping untuk beli buku dengan lect. Ehe..
satu keping dah guna. Tinggal lagi empat.
No comments:
Post a Comment